CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6185|Reply: 0

Arteta gesa Arsenal segera bangkit

[Copy link]
Post time 15-4-2024 10:24 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN tengah Arsenal, Emile Smith Rowe (kiri) dan bintang Jepun, Takehiro Tomiyasu kecewa selepas kekalahan Arsenal. FOTO AFP

London: Mikel Arteta menggesa barisan pemain Arsenal yang kecewa untuk menunjukkan watak dan sikap kepimpinan selepas usaha mereka bagi mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) terjejas susulan kekalahan 0-2 kepada Aston Villa, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Arteta berpeluang merampas kembali kedudukan teratas jika meraih kemenangan di Stadium Emirates.

Tetapi sebaliknya Arsenal tewas buat kali pertama dalam 12 perlawanan liga apabila dua gol dalam enam minit terakhir menerusi Leon Bailey dan Ollie Watkins meranapkan impian mereka.

Gunners yang menduduki tempat kedua, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Manchester City dengan berbaki enam perlawanan dalam usaha mereka untuk dinobatkan sebagai juara EPL buat kali pertama sejak 2004.


"Inilah realitinya sekarang. Kami sedar perkara ini boleh berlaku. Kini kami perlu bertindak balas dengan cara yang betul," katanya.

"Sekarang adalah masa untuk bangkit sebagai seorang pemimpin dan menunjukkan watak sebenar. Kami tidak mempunyai cara penyelesaian lain. Apabila anda menang dan menang dan menang, ia lebih mudah. Sekarang adalah ujian besar untuk kami.

"Jika anda mahu memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, anda perlu bangkit," katanya lagi.

City berpeluang menjulang kejuaraan Liga Perdana kali keempat berturut-turut di mana ia tidak pernah berlaku sebelum ini jika mereka memenangi baki perlawanan selepas ini.

"Kami tidak boleh mengawalnya. Dalam mana-mana liga lain di dunia, jika anda memenangi perlawanan berturut-turut seperti yang kami lakukan, anda akan selesa dengan kelebihan enam atau lapan mata. Ia tidak berlaku di sini. Itulah cabarannya.

"Sekarang adalah mengenai bagaimana untuk bertindak balas. Ia dalam kawalan kami," kata Arteta.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... enal-segera-bangkit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.222118 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list