CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9293|Reply: 0

Guardiola gembira berpeluang pertahan treble

[Copy link]
Post time 14-4-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola (kanan) ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Luton Town di Stadium Etihad, Manchester. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Pep Guardiola berkata Manchester City bertuah dapat berada di posisi untuk mempertahankan kejuaraan treble selepas menewaskan Luton 5-1 dan menerajui Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu meletakkan anak buah Guardiola dua mata di depan Arsenal dan Liverpool, yang akan melengkapkan aksi malam ini dan berpeluang memintas semula City.

City turut berdepan Chelsea di separuh akhir Piala FA hujung minggu depan dan bertemu Real Madrid dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu (awal pagi Khamis).

"Kami bercakap dengan pemain-pemain tentang betapa menakjubkan untuk berada di posisi ini sekali lagi.


"Sebelum perlawanan kami bercakap dan berkata, 'kita perlu mengakuinya, ia satu keistimewaan'.

"Bayangkan jika berada di posisi yang tiada peluang memenangi Liga Perdana Inggeris atau kejohanan lain," kata Guardiola.

Pengendali City itu melakukan enam pertukaran ke atas skuad yang seri 3-3 menentang Madrid di Santiago Bernabeu, dengan Rodri antara pemain direhatkan bagi menghadapi minggu yang padat.

Kyle Walker dan Nathan Ake juga kembali berada di bangku simpanan selepas pulih daripada kecederaan dan bersedia menghadapi Madrid di Etihad.

City masih mengharapkan Arsenal dan Liverpool tercicir mata untuk berpeluang menjadi pasukan pertama memenangi Liga Perdana Inggeris empat kali berturut-turut, dengan baki perlawanan juara bertahan itu kelihatan lebih mudah berbanding dua pesaingnya.

"Kami mempunyai baki enam perlawanan dan jika tidak berupaya (memenangi liga), kami ucapkan tahniah kepada mereka. Tetapi kami sudah melakukan apa yang perlu kami lakukan," katanya. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ang-pertahan-treble
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3778 Replies : 22
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9122 Replies : 178
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29416 Replies : 212
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188749 Replies : 4305
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062850 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list