CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7763|Reply: 0

[Pahang] Usaha memadam kebakaran hutan gambut di Inderapura masuk hari ke-10

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:49 AM | Show all posts |Read mode

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha memadam kebakaran hutan tanah gambut di Inderapura. - Foto MOHD RAFI MAMAT

KUANTAN: Usaha memadam kebakaran hutan tanah gambut oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di kawasan Inderapura Jalan Kuantan-Pekan, di sini memasuki hari ke-10.

Kebakaran yang bermula di kawasan hutan tanah gambut Jabatan Pertanian yang turut menempatkan projek pertanian Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura kini merebak ke hutan tanah gambut berhampiran perumahan Inderapura Jaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, peringkat pertama kebakaran berlaku membabitkan kawasan hutan tanah gambut milik Jabatan Pertanian yang menempatkan projek tanaman sayur TKPM Inderapura seluas kira-kira 200 hektar, kebakaran turut membabitkan petak tanaman sayur yang diusahakan beberapa pekebun.

Selepas kebakaran di kawasan terbabit reda, katanya, api mula merebak ke kawasan hutan tanah gambut yang terletak berhampiran perumahan Inderapura Jaya membabitkan kawasan seluas kira-kira 120 hektar.


"Kini usaha mengawal dan memadam api sedang giat dilakukan setiap hari.

Seramai 22 anggota dari BBP Taman Tas dan BBP Kuantan dibantu BBP Peramu, Pekan ditugaskan untuk memadam dan mengawal api daripada terus merebak di kawasan hutan tanah gambut Inderapura Jaya.

"Kebakaran terbuka selain angin kencang dan kawasan hutan tanah gambut yang kering menjadi faktor utama menyebabkan api cepat merebak hingga sukar dikawal," katanya, dihubungi di sini semalam.

Beliau menambah, pihaknya akan terus berusaha memadam kebakaran hingga selesai seterusnya tidak berisiko kepada kesihatan dan mengancam keselamatan penduduk setempat.

Mohd Hilmi Kashfi berkata, operasi memadam kebakaran di kawasan hutan tanah gambut Jabatan Pertanian kini hampir berjaya sepenuhnya, pemantauan sentiasa dilakukan bagi mengelak api terus merebak ke kawasan lebih luas.

Katanya, kini tumpuan memadam kebakaran dan mengawal api diberikan di kawasan berdekatan penduduk di perumahan Inderapura Jaya, kebakaran menyebabkan asap tebal berlaku hingga mengundang rasa tidak selesa penduduk.

"Sejak kebakaran berlaku penduduk perumahan Inderapura Jaya kini tidak selesa berikutan kawasan berkenaan diliputi asap tebal, turut terjejas penduduk Taman Seri Inderapura, Indera Sempurna, Kampung Melati dan Kampung Orang Asli Alor Beruang, Sungai Soi.

"Kita akan terus berusaha memadam api dan mengawal kebakaran daripada terus merebak, walaupun berhadapan kesukaran untuk sampai kawasan kebakaran, namun itu bukan alasan untuk kita menyerah kalah demi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya yang menasihatkan masyarakat supaya tidak bertindak melakukan pembakaran secara terbuka ketika cuaca panas.
https://www.bharian.com.my/berit ... ra-masuk-hari-ke-10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list