CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21656|Reply: 0

[Pahang] Bersengkang mata siapkan tempahan raya

[Copy link]
Post time 7-4-2024 10:34 PM | Show all posts |Read mode
Bersengkang mata siapkan tempahan raya

OlehNORAWAZNI YUSOF

07 April 2024 01:06pm








Nor Rashidah menyiapkan tempahan pelanggan di kedai jahitnya di Putra Square pada Ahad.




KUANTAN - Berbaki beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri, tukang jahit antara individu yang bersengkang mata demi menyiapkan lebih 300 baju ditempah pelanggan.

Nor Rashidah Mustafa, 40, mengakui dia hanya dapat melelapkan mata lebih tiga jam bagi memastikan tempahan siap mengikut masa ditetapkan.



Menurutnya, itu sudah menjadi rutin baginya setiap kali Ramadan dan apabila menghampiri Syawal sejak 13 tahun lalu setelah menjadikan bidang tersebut sebagai satu kerjaya.

"Macam saya, hanya dapat lelapkan mata sekitar dua hingga tiga jam sehari sahaja, selepas itu kembali bekerja keras untuk siapkan tempahan.



"Perasaan letih itu ada, namun saya berasa seronok sebab Ramadan ini adalah satu bonus kepada kami tukang jahit kerana terima tempahan berganda berbanding hari biasa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedai jahit miliknya di Putra Square di sini pada Ahad.


Nor Rashidah memastikan ketelitian dalam memotong kain untuk dijadikan baju kurung sebagaimana ditempah pelanggan.




Ibu kepada lima anak itu memberitahu dia mengambil masa agak lama untuk menyiapkan sepasang baju bagi memastikan setiap inci jahitan kemas dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
"Saya boleh menyiapkan tiga pasang baju kurung biasa pada setiap hari, tapi ia bergantung kepada kerumitan fesyen dan jenis kain yang dijahit.


"Kalau kain jenis lembut, kita perlu berhati-hati menjahit, jadi akan ambil masa sedikit untuk disiapkan," katanya yang memulakan kerjaya tukang jahit bermodalkan RM6,000 daripada wang simpanan sendiri dan pemberian bapanya sekitar tahun 2010 lalu.

Nor Rashidah berkata, bagi memastikan tempahan siap seperti dijadualkan, seramai empat tukang jahit secara sambilan turut digajikan.

Kongsinya, mereka ini akan menjalankan kerja-kerja menjahit di rumah masing-masing dan menyerahkan kepadanya apabila tempahan selesai.

"Saya kenakan kadar upah kepada mereka mengikut bilangan baju yang dijahit. Kalau mereka ambil banyak pasang, maka banyaklah pendapatan mereka perolehi.

"Ini juga salah satu cara untuk saya berkongsi rezeki dengan mereka," ujarnya.

Menjawab mengenai harga tempahan baju raya, Nor Rashidah berkata, harga upah bagi sepasang baju kurung moden di antara RM70 hingga RM80 manakala baju Melayu berharga RM140 dan pakaian jenis fesyen pula sekitar RM250 keatas.

"Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya dan mereka yang datang menghantar tempahan baju untuk dijahit bukan sahaja di sekitar daerah ini sahaja tetapi ada juga dari luar," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.097680 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list