View: 5081|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Grantt Lubricants tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena Adilifitri
[Copy link]
|
|
ANAS NASRUN (tengah) dan Pengurus Besar UMW Grantt Lubricants, Iskandar Mohamed Salleh (kiri) menyantuni pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung pada Program CSR ‘Eid al-Fitr with Care by Grantt’ di R&R Seremban Arah Selatan di Seremban hari ini. MUHAMAD IQBAL ROSLI
SEREMBAN – Pengeluar dan pengedar minyak pelincir, UMW Grantt International Sdn. Bhd. (Grantt) dan Grantt Lubricants mengambil inisiatif melaksanakan kempen keselamatan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Adilifitri di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (arah Selatan), di sini, hari ini.
Pengarah Pembuatan & Kejuruteraan, UMW, Anas Nasrun Mohd Osman berkata, kempen yang julung kali diadakan sempena perayaan itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi mendidik masyarakat untuk memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.
Malah menurut beliau, langkah penjagaan kenderaan itu amat penting terutamanya membabitkan pengguna jalan raya yang akan membuat perjalanan jauh pulang ke kampung halaman sempena perayaan.
“Oleh itu, tahun ini kita anjurkan kempen ini yang bukan hanya bagi memperkenalkan produk minyak enjin kenderaan berkualiti buatan rakyat Malaysia ini kepada pengguna jalan raya, bahkan turut menawarkan khidmat pemeriksaan kenderaan dan tayar secara percuma.
“Malah, melalui kempen ini juga, kita turut menyampaikan nasihat kepada pengguna untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi undang-undang bagi kelancaran perjalanan pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui sempena kempen berkenaan, di RnR Seremban (arah Selatan), di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Anas Nasrun turut menyatakan, pemeriksaan kenderaan dan rundingan penyelenggaraan secara percuma kepada pengguna itu turut diadakan dengan kerjasama Maxipura Sdn. Bhd.
“Ini selaras dengan slogan dan janji Grantt Lubricant untuk membantu kenderaan pengguna untuk “Bergerak Lebih Jauh, Tahan Lebih Lama”,” katanya sambil memaklumkan program selama empat jam itu juga turut diselitkan dengan inisiatif mengedarkan sebanyak 2,500 goodies kepada pengguna jalan raya.
Menurutnya, goodies tersebut berisi makanan dan minuman untuk di bawa pulang ke kampung halaman, mahupun sebagai hidangan semasa berbuka puasa sekiranya tidak sempat sampai ke destinasi.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk memberi impak positif kepada komuniti setempat. Kita mengutamakan kepentingan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutamanya semasa sambutan kebudayaan yang penting seperti Aidilfitri,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan Grantt Lubricants dan inisiatif CSR syarikat berkenaan, boleh melawati www.granttlubricants.com.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... sempena-adilifitri/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|