CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4912|Reply: 0

[Kelantan] Kenderaan perantau bertali arus masuk Gua Musang

[Copy link]
Post time 6-4-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan lalu lintas di sekitar bandar Gua Musang yang sesak dengan kenderaan perantau hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jumlah kenderaan dilihat mula bertali arus memasuki daerah Gua Musang sejak semalam berikutan kepulangan perantau untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.

Tinjauan Kosmo! di Gua Musang mendapati, jumlah kenderaan semakin bertambah sejak malam tadi, namun trafik lancar dan dijangka keadaan itu berterusan menjelang malam raya.

Seorang pekerja swasta, Muhd. Firdaus Mamat, 26, berkata, dia mengambil cuti awal untuk pulang menyambut hari raya bersama keluarganya di Pasir Puteh.

Katanya, terdapat empat tempat yang mengalami kesesakan teruk terutamanya di Plaza Tol Gombak dan Bentong.

“Saya bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 6 pagi dan berlaku kesesakan agak teruk di Plaza Tol Gombak.

“Laluan susur masuk ke Gua Musang dari Lingkaran Tengah Utama (LTU) juga mengalami kesesakan teruk apabila jalan menjadi satu lorong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, jalan di Gua Musang seperti Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Jeli sudah mengalami pertambahan kenderaan apabila perantau mula bergerak pulang ke kampung halaman sejak semalam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... s-masuk-gua-musang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059509 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list