View: 4871|Reply: 0
|
[Johor]
Dua anggota polis direman 3 hari kerana peras ugut
[Copy link]
|
|
DUA anggota polis ditahan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan peras ugut terhadap seorang individu awam di BSI, Johor Bahru, Selasa lalu.
JOHOR BAHRU – Dua anggota polis yang dipercayai terlibat memeras ugut seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini Selasa lalu telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek itu dikeluarkan Majistret, R. Salini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua mereka ditahan pada pukul 1.50 petang semalam, manakala ujian saringan air kencing yang dibuat mendapati mereka negatif bahan terlarang.
Semalam, Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar memberitahu kedua-dua anggota itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang bekerja di Singapura.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, dia diperas ugut dua lelaki berpakaian preman yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis selepas dibawa ke sebuah bilik berasingan yang hanya boleh diakses menggunakan kad.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -kerana-peras-ugut/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|