View: 5373|Reply: 0
|
[Terengganu]
Redah lautan demi merasai pengalaman moreh
[Copy link]
|
|
SEKUMPULAN anak muda dari Pulau Redang sanggup menempuh perjalanan menaiki bot selama lebih satu jam demi merasai pengalaman moreh di Kuala Terengganu. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Sekumpulan anak muda dari Pulau Redang sanggup menempuh perjalanan selama lebih satu jam semata-mata merasai sendiri pengalaman moreh di sekitar daerah ini.
Tertarik dengan konsep santai dan klasik yang diperkenalkan di beberapa 'port' moreh di daerah Kuala Terengganu menyebabkan Muhammad Nuriman Muhammad, 27, bersama 11 rakannya dari Pulau Redang nekad meredah lautan untuk menjadi sebahagian daripada pengunjung.
Muhammad Nuriman berkata, mereka mengambil keputusan untuk datang ke Kuala Terengganu selepas melihat kemeriahan aktiviti moreh dan sahur dikongsikan pengunjung lain di media sosial.
Katanya, mereka bertolak kira-kira jam 5 petang dari Pulau Redang dan pulang sebaik selesai moreh pada jam 10 malam.
"Di Pulau Redang, ada juga aktiviti moreh seperti ini tetapi tidaklah meriah sebegini, jadi kami buat keputusan mahu berbuka puasa dan moreh di sini.
"Walaupun tidak lama di sini tetapi ia sudah cukup bermakna buat kami kerana dapat berbuka, bertarawih dan bermoreh di sini," katanya ketika ditemui di Selepek Sahur Payang Walk di sini.
Rasa teruja turut dikongsi Muhammad Firdaus Haswadi, 23, yang menyifatkan perjalanan mereka meredah lautan untuk menyertai aktiviti moreh itu berbaloi selepas merasai sendiri suasana dan kemeriahan.
"Duduk bersila di atas tikar dengan pelbagai juadah bersama rakan atau keluarga adalah paling menarik dan bermakna.
"Moreh ini bukan semata-mata makan bersama-sama saja tetapi mencipta kenangan bersama insan tersayang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-pengalaman-moreh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|