View: 5993|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pejabat MB lapor polis terhadap penceramah didakwa fitnah Fadhlina Sidek
[Copy link]
|
|
Ahmad Shahir (dua, kanan) dan Mohamad Afif (empat, kiri) selepas membuat laporan polis terhadap penceramah Rosmin Adam di Balai Polis Seremban 2, semalam. - Foto NSTP/Mohd Amin Jalil
SEREMBAN: Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Seremban semalam membuat laporan polis terhadap penceramah, Rosmin Adam berhubung ceramah yang didakwa memfitnah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sebuah masjid baru-baru ini.
Laporan polis dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar di Balai Polis Daerah (IPD) di Seremban 2, petang semalam.
Ahmad Shahir berkata, kandungan video berdurasi 1.01 minit berkaitan ceramah Rosmin ketika kuliah Subuh di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat di daerah ini, pada 1 April lalu berunsur fitnah.
Rosmin didakwa mengulangi fitnah terhadap Fadhlina yang berkait isu perkataan kafir selain mengaitkan isu larangan takbir di sekolah, kantin sekolah dibuka pada Ramadan dan larangan membaca Qunut Nazilah di sekolah.
"Dalam ceramah itu lebih kepada menghasut, menanam kebencian dan fitnah walaupun penjelasan sudah diberikan.
"Walaupun dia tidak merujuk kepada mana-mana individu namun semua maklum siapa individu yang dia rujuk.
"Fadhlina juga sudah memberikan respons yang jelas berkenaan isu terbabit.
"Kami bercadang meminta Pejabat Mufti Negeri Sembilan menyemak semula tauliah beliau.
"Jika dia mengajar perkara yang betul, ia tidak menjadi masalah tetapi hasil rakaman video tersebut jelas dia menggunakan platform itu untuk menghasut dan menanam kebencian kepada satu pihak," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kwa-fitnah-fadhlina |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|