View: 3581|Reply: 0
|
MotoGP: Ducati ‘cantas’ kelebihan Pramac
[Copy link]
|
|
PRAMAC menerima dua jentera spesifikasi baharu untuk pelumba mereka pada saingan musim, namun ia mungkin dikurangkan menjadi satu musim depan. - AFP
LONDON – Ducati mungkin membuat keputusan untuk tidak memberikan dua jentera spesifikasi utama kepada Pramac sebaliknya mempertimbangkan dua lagi pasukan satelit mereka, Gresini atau VR46 untuk mendapatkan salah satu.
Pramac ketika ini mendapat kelebihan menerima jentera Desmosedici edisi terbaharu seperti yang digunakan oleh pelumba pasukan utama Ducati untuk kedua-dua pelumba mereka, manakala Gresini dan VR46 hanya diberikan jentera musim lalu.
Bagaimanapun, Ducati mungkin akan menukar polisi tersebut apabila Pramac hanya akan diberi jaminan menerima sebuah sahaja jentera edisi terbaharu 2025, manakala satu lagi akan menjadi milik satu daripada empat pelumba melibatkan pasukan VR46 atau Gresini.
Pasukan Gresini musim ini diwakili Marc Marquez dan Alex Marquez, manakala cabaran pasukan VR 46 diterajui Marco Bezzecchi and Fabio di Giannantonio yang menggunakan jentera spesifikasi musim lalu.
Pramac dan Ducati ketika ini sedang mengadakan rundingan untuk melanjutkan tempoh kerjasama mereka dengan kemungkinan perjanjian tersebut akan dipanjangkan sehingga 2026.
Selain itu, Ducati juga sudah memulakan perbincangan mengenai pasukan VR46 dalam usaha mencari keputusan sama ada mengekalkan pasukan itu sebagai pasukan setelit mereka atau melepaskannya.
Sementara itu, pelumba Pramac, Jorge Martin kekal menuntut janji untuk menyertai pasukan utama Ducati jika berjaya muncul juara dunia musim ini, malah bakal mencari pasukan kilang lain sekiranya ia dimungkiri. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... s-kelebihan-pramac/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|