CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15878|Reply: 1

[Kelantan] Strok haba: Budak 3 tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk

[Copy link]
Post time 5-4-2024 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Strok haba: Budak 3 tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk


BERNAMA - April 5, 2024 @ 9:57pm





BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang merupakan mangsa pertama strok haba di Kelantan mengalami muntah-muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri ketika bermain di dalam kereta datuknya di Kampung Teluk di sini, Jumaat lalu.

Muhamad Abil Qaiz Faizal Fazrin dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia Isnin lalu semasa menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Nenek kanak-kanak itu, Zainun Mat Amin, 54, berkata ketika kejadian Muhamad Abil Qaiz sedang bermain dengan abang dan adik kembarnya di dalam kereta Proton Iswara milik datuk mereka di belakang rumah.

"Ketika itu abang dan adik kembarnya mahu pulang tetapi Muhamad Abil Qaiz masih ingin bermain di dalam kereta itu pada kira-kira jam 12 tengah hari.

"Kemungkinan mangsa terkurung di dalam kereta itu dan hanya ditemui dalam keadaan separuh sedar kira-kira dua jam selepas itu," katanya kepada pemberita di Kampung Teluk, di sini hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Roslina Rusli, 26, berkata ketika kejadian beliau sedang membuat kuih dan mangsa ada memberitahu mahu mengikut abang, Muhamad Aqil Amsyar, 7, dan adik kembarnya Muhamad Abeel Waiz bermain di belakang rumah.

"Saya ada memberinya air ketika itu dan langsung tidak menyangka sesuatu berlaku yang menyedihkan selepas itu kerana mereka pernah bermain di sana (kereta datuk).

"Saya dan suami Faizal Fazrin Rosidi, 33, reda dengan ketentuan tuhan dan menganggapnya sebagai ujian terbesar dalam hidup mereka," katanya.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba pada jam 11.20 pagi pada Isnin lalu ketika dirawat di HUSM Kubang Kerian.

"Pihak jabatan kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya memantau dan mengehadkan aktiviti di luar rumah terutama membabitkan anak-anak kecil ketika musim kemarau," katanya ketika dihubungi.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 12:45 AM | Show all posts
kena sentiasa dalam keadaan yang berjaga-jaga  ketika musim panas lit-lit ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.077242 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list