ASIA
Empat warga Indonesia ditahan jadi dalang seludup Rohingya ke Malaysia
Oleh AFP
EMPAT warga Indonesia ditahan jadi dalang seludup Rohingya ke Malaysia. FOTO AFP
Meulaboh, Indonesia: Empat warga Indonesia telah ditahan berhubung penyeludupan berpuluh-puluh pelarian Rohingya yang bot mereka karam di perairan pantai kepulauan itu bulan lalu, kata polis pada Selasa.
Pihak berkuasa menyelamatkan 69 pelarian Rohingya bulan lalu di luar pantai barat wilayah Aceh, berpaut pada badan bot yang terbalik selama lebih dari sehari.
Enam yang lain diselamatkan oleh nelayan sehari sebelumnya.
Mayat 16 pelarian Rohingya turut ditemukan selepas bot itu karam dengan kira-kira 150 orang dipercayai menaiki bot itu.
Polis di wilayah Aceh berkata tiga orang tengah yang didakwa adalah antara yang diselamatkan dalam kejadian itu namun, ditahan tidak lama kemudian.
Yang keempat ditahan selepas suspek lain disoal siasat.
Lelaki itu didakwa telah pergi ke laut untuk mengambil pelarian itu, menaiki bot lain dari Bangladesh, dengan tujuan mengangkut mereka ke Malaysia.
"Selepas dijemput dari pulau Sabang, pelarian Rohingya itu akan diangkut ke wilayah Sumatera Utara dengan trak sebelum menyeberang ke Malaysia," kata ketua polis Aceh Barat Andi Kirana pada sidang akhbar.
Salah seorang suspek, yang dikenali sebagai HS, berkata bahawa dia menerima lima juta rupiah bagi setiap pelarian daripada ejen di Malaysia, kata Kirana.
Tiga yang lain dituduh memandu bot ke laut untuk mengambil pelarian.
Pihak berkuasa masih mencari empat lagi suspek, yang didakwa "dalang" di sebalik penyeludupan pelarian Rohingya ke Aceh, tambah Kirana.
Ramai Rohingya menempuh perjalanan berbahaya sejauh 4,000 kilometer dari Bangladesh ke Malaysia, menyemarakkan operasi penyeludupan manusia berjuta-juta dolar yang sering membabitkan persinggahan di Indonesia.
Post time 5-4-2024 10:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Indon celaka ni semua, bangla pun dia org seludup naik tongkang masuk Malaysia. Dah biasa hantar rakyat sendiri jadi tikus, skrg hantar warganegara lain pulak.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 5-4-2024 11:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
So bila indon bodohhh ni eksport rohingya ikut laluan laut? Pihak keselamatan marine malaysia buat apa? Goyang telur je ke?
Kata ada asset marine tercanggih apa lancau sume tu..takkan tongkang indon bwk diorg ni korang x bleh kesan or kejar???
Jangan salah paham ... orang Indonesia memang betol membantu pengungsi Bangla, Nepal, Rohingya dan India etc ke Tamah Melayu dengan tujuan mulia dan selaras dengan tujuan kerajaan malaysia sndiri .... menambah jumlah populasi dan quality bangsa melayu di masa haadapan ...
Apa itu melayu yang lebih berquality ? Anak cucu keturunan hasil kawin campor antara melayu as;i dengan semua pendatang itu ..
Tentu saja kami dengan ikhlas ikut membantu untok membentuk Melayu baru (Neo Malay) yang diyakini akan membawa melayu kembali jaya dan haibat ... bahkan mungkin lebih haibat dibandingan melayu era empayar melaka .... Menjadikan Malaysia kuasa besar dunia kembali ... Menjadikan Bangsa Melayu Mahawangsa terpaling unggul di dunia ini ...
Maka bersyukurlah jika ada yang membantu mempercepat proses lahirnya Neo Malay i yang tentu saja akan mempunyai genetik lebih super l... Hehehehe
Malaysia kan negara rasis, xenophobe, suka diskriminasi etc tapi masih ada ya yg sanggup byr sindiket riban2 dan ambik risiko mati lemas semata2 nak datang sini. Akak tak paham.
btw Rohingla yg sengaja keluar drpd cox bazaar tu namanya pendatang tanpa izin, pelarian apa nya lagi. ngok.