View: 537|Reply: 0
|
[Kelantan]
Enam kali masuk penjara, janda akhirnya taubat!
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Kuantan: Kegembiraan sukar diungkap buat banduan wanita, Lina, 29, apabila dapat menyambut Aidilfitri bersama ibunda selepas dibebaskan awal dari penjara.
Lebih istimewa apabila ibu tunggal ini dapat mencium dua anak yang berusia tujuh dan 11 tahun.
Katanya, dibebaskan awal dari penjara sempena program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani selepas enam kali dipenjarakan.
"Pembebasan sebelum Aidilfitri ini dijadikan semangat untuk saya membina kehidupan baharu lebih bermakna.
"Saya akui tersalah memilih haluan hidup apabila terbabit dengan dadah sejak remaja. Saya terlalu ikutkan hati menyebabkan ditangkap buat kali keenam dan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan di Penjara Bentong.
"Pengalaman menghuni Penjara Bentong banyak mengajar saya erti keinsafan. Peluang pembebasan ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk menjaga ibu sambil membantunya berniaga," katanya ketika ditemui dalam Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani , 'Kepulangan Yang Dinanti' sempena Aidilfitri di Dewan Melati Penjara Penor, di sini, tadi.
Program dirasmikan Timbalan Pengarah Penjara Bentong, Jorenneddy Sylvester.
Hadir sama Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Penjara Pahang, Norimi Ibrahim.
Pada program itu seramai 44 banduan Penjara Bentong dan Penjara Penor yang terbabit dengan kes menagih dadah dan mencuri dibebaskan.
Banduan lain dikenali sebagai Harun, 43, berasal dari Kedah berkata, dia dikenakan hukuman penjara setahun kerana terbabit dalam dua kes kesalahan menipu dua mangsa berjumlah RM690,000.
"Saya akui tersalah memilih haluan hidup apabila terbabit dengan dadah, kehidupan bebas, liar dan ganas di Kuala Lumpur selepas menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera.
"Ini kali ke lapan saya keluar masuk penjara membabitkan pelbagai kesalahan, paling lama enam tahun saya dipenjara kerana kesalahan memiliki senjata api tanpa lesen.
"Peluang pembebasan awal ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk saya membina hidup baharu yang lebih sempurna bebas daripada dadah dan aktiviti menyalahi undang-undang," katanya yang bercadang membuka pusat mencuci kenderaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nda-akhirnya-taubat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|