CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2111|Reply: 0

[Terengganu] UniSZA, YTNZ jalin kerjasama tingkat industri songket Terengganu

[Copy link]
Post time 4-4-2024 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Fadzli (dua dari kanan) dan Tengku Nadhirah Zahrah (dua dari kiri)) menunjukkan dokumen MoU kerjasama kelestarian songket Terengganu di Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama strategik dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) dalam usaha memastikan kelestarian seni tekstil dan tenunan songket yang merupakan warisan Terengganu.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, kerjasama tersebut membantu mengukuhkan jaringan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbabit dan YTNZ dengan pemain industri kraf tempatan.

“Kerjasama strategik dalam kelestarian kraf akan dilaksanakan menerusi Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT).

“Antara pendekatan yang akan diambil ialah pelaksanaan kursus akademik, pembangunan produk komersial, kajian dan perundingan serta promosi,” katanya di sini kelmarin.

Terdahulu beliau mewakili UniSZa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pengerusi YTNZ, Tengku Puteri Utama Raja Tengku Datuk Seri Nadhirah Zahrah.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani MoU terbabit.

Fadzli berkata, UniSZA sentiasa komited mendokong usaha YTNZ untuk terus memelihara dan memulihara kraf songket yang merupakan warisan Terengganu.

Tambah beliau, persefahaman terbaharu ini juga diharap dapat terus mengukuhkan penglibatan UniSZA dalam membantu kelangsungan industri kraf tempatan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... songket-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.654098 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list