CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18233|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kapasiti Empangan Air Itam dipantau rapi

[Copy link]
Post time 30-3-2024 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Kapasiti Empangan Air Itam dipantau rapi


BERNAMA



EMPANGAN Air Itam dilihat semakin surut berikutan cuaca panas yang melanda di negara ini. FOTO Bernama.



Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang memantau rapi paras air dan kapasiti di Empangan Air Itam, yang kini mampu bertahan lebih 30 hari sahaja lagi tanpa hujan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.

Chow yang juga Pengerusi PBAPP berkata menerusi AIDAP 2024, PBAPP mengurangkan pengekstrakan air dari empangan itu, bagi memastikan kapasiti air dapat bertahan.

"Kita memang pantau rapi dan tidak menafikan air (Empangan Air Itam) di bawah paras yang selesa, tetapi kita harap hujan akan mengisi semula air empangan kita kerana bermula April hingga Jun, ialah musim hujan.

"Kapasiti Empangan Air Itam ketika ini boleh bertahan lebih 30 hari sahaja lagi. Kita juga sudah mengambil langkah kurangkan pengekstrakan air dari empangan, jika kita tidak ambil langkah ini mungkin paras air empangan berada pada paras kosong," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chow berkata kira-kira 10,000 akaun pengguna mendapat bekalan daripada Empangan Air Itam, namun ketika ini hanya separuh akaun pengguna memperoleh bekalan air dari empangan itu, manakala 5,000 akaun lagi memperoleh bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan empat empangan menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal, iaitu Empangan Sembrong Barat di Johor dengan paras 31.65 peratus, Empangan Air Itam (35 peratus), serta Empangan BS Padang Saga (39.67 peratus) dan Empangan Malut (39.90 peratus) di Kedah.



Disiarkan pada: Mac 29, 2024 @ 9:53pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.201981 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list