CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8119|Reply: 21

[Tempatan] Inflasi hanya naik 0.2% susulan kenaikan cukai perkhidmatan, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Inflasi hanya naik 0.2% susulan kenaikan cukai perkhidmatan, kata PM

https://www.freemalaysiatoday.co ... rkhidmatan-kata-pm/

Nora Mahpar
26 Mar 2024, 11:48 AM


Anwar Ibrahim berkata kerajaan menambah sumbangan tunai rahmah (STR) dan beberapa bantuan lain untuk mengurangkan kos sara hidup. (Gambar Bernama)

Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan berkata walaupun kesan itu kecil kerajaan akan terus memantau kesan negatif kepada rakyat kebanyakan.

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar cukai perkhidmatan tidak memberi kesan ketara kepada inflasi dengan anggaran kenaikan sekitar 0.2%, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan akan terus memantau kesan negatif kepada rakyat kebanyakan menerusi mekanisme indeks harga pengguna (CPI), yang juga digunakan di seluruh dunia.

“Kebimbangan kita adalah impak inflasi (apabila cukai perkhidmatan dinaikkan), kita tak nafikan bahawa ada juga kesan tetapi setakat ini mengikut jabatan perangkaan kesannya sekitar 0.2%,” katanya di Dewan Rakyat.

“Sebab itu kita cuba bantu dengan menambah sumbangan tunai rahmah (STR) dan beberapa bantuan lain sebab kita faham kenaikan kos sara hidup,” katanya sambil menambah, bantuan STR pada tahun ini mencecah RM10 bilion.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang meminta kerajaan menjelaskan kesan terhadap kos sara hidup rakyat dan kos pengeluaran industri akibat kenaikan cukai perkhidmatan bagi segelintir sektor dari 6% kepada 8%.

Pelarasan cukai berkuat kuasa pada 1 Mac itu hanya memfokuskan aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan bagi memastikan rakyat tidak dibebani kadar cukai kepenggunaan lebih tinggi, khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting.

Perkhidmatan yang banyak digunakan rakyat seperti makanan dan minuman, penghantaran makanan dan minuman, logistik, telekomunikasi serta parkir kenderaan kekal dengan cukai 6%.

Kerajaan menjangkakan tambahan hasil RM3 bilion daripada pelarasan itu yang akan membantu Putrajaya menambah baik bantuan bersasar kepada rakyat, menambah baik dan menyelenggara prasarana awam kritikal seperti penjagaan kesihatan, sekolah serta jalan raya.

Menjawab soalan tambahan Shahar mengenai usaha kerajaan meningkatkan hasil bukan cukai berbanding hanya menumpukan kepada hasil cukai, Anwar berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyumbang hampir 50% kepada hasil bukan cukai sementara pelaburan penyumbang 65%.

“Usaha tambahan termasuk transformasi di GLC untuk memastikan peningkatan pelaburan domestik. Bila pelaburan domestik lebih rancak hasil bukan cukai pun harapnya boleh ditingkatkan.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukak mulut jaa muhongggg…
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buka mulut je ................     sampah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Data tu siapa yg bg.. Seyesly nombor2 yg dia petik tu x reflect kehidupan sebenar....
Mcm delulu je.. Ni klu zmn najib muhyiddin sabri... Dah lama dorang ni berguling2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
saiya ulang..0.2% jer...0.2% jer...jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 blh percaye ke ckp dia? Mulut klau dh biasa mohong dh jd habit bila becakap ttp muhong yg kuar
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Excuse me....please share mcm mana nak kira inflasi ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala hotak dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Talk until pig can fly..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bola tanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 26-3-2024 06:57 PM
saiya ulang..0.2% jer...0.2% jer...jer.

Ujung-ujung silap titik perpuluhan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
This time kan xder plak merusuh depan sogo kee, buat bersih kat dataran..masing2 diam jee...kalo tak dulu ms pak yidin+najib+tun m  kemain lagi msg2 xsabo2 menunggu pru nk guling kan...langkah2 hotel dah xder dah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya sembang dia jer yg terpaling berjaya urus ekonomi. Suruh dia pegi bazar tgk berapa belanja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa paknon ni dok dimensi lain la... Lain macam delulu dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 26-3-2024 09:58 PM
Dia punya sembang dia jer yg terpaling berjaya urus ekonomi. Suruh dia pegi bazar tgk berapa belanja ...

dah jawab tadi.  param mahal sebab sewa tapak mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 12:07 AM | Show all posts
Firenzza replied at 26-3-2024 11:01 AM
Agak2 blh percaye ke ckp dia? Mulut klau dh biasa mohong dh jd habit bila becakap ttp muhong yg kuar

Kalau LGE ke atau hadi awang buat macam tu
kita paham pengalaman takde.
yang PMX dah jadi MOF 7 tahun. kalau PMX kekal utk sepenggal
PMX adalah MOF paling lama sekali di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:07 AM | Show all posts
Firenzza replied at 26-3-2024 11:01 AM
Agak2 blh percaye ke ckp dia? Mulut klau dh biasa mohong dh jd habit bila becakap ttp muhong yg kuar

Kalau LGE ke atau hadi awang buat macam tu
kita paham pengalaman takde.
yang PMX dah jadi MOF 7 tahun. kalau PMX kekal utk sepenggal
PMX adalah MOF paling lama sekali di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:48 AM | Show all posts
JunkMail replied at 26-3-2024 02:05 PM
Aku rasa paknon ni dok dimensi lain la... Lain macam delulu dia..

PMX ni i perhati gerak geri dia sebijik macam Mu’ayyiduddin Al-Alqami . Pengawai yang
di lantik oleh Khalifah Abbasiyah. pengawai dia ni yang buat khianat
bagi nasihat pada Khalifah potong bajet bahagian ketenteraan.
dari 100 ribu tentera pada 640 hijrah tinggal 10 ribu pada 654 hijrah.

I yakin sejarah Abbasiyah 768 tahun yang lepas kembali berulang.
kebetulan pulak China dok gasak laut dan udara kita hari hari.
Thailand pulak geng baik dengan China.
Angkatan tentera Malaysia di bawah Sultan & YDPA
tapi bajet ketenteraan beli weapon & maintainances semua
di peruntukan oleh persekutuan.  Bila ekonomi negara mula lemah ,
banyak perbelanjaan kena potong. lagi lagi subjek pertahanan.


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik i tgk berita kelmarin laporan 16% inflasi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157113 Replies : 3850
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18945 Replies : 73
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4025 Replies : 67
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 1313 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 1717 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8653 Replies : 152

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.608138 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list