CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8293|Reply: 0

[Kedah] 500 kg lebihan makanan, minuman di bazar Ramadan diselamatkan di Kedah

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

SUKARELAWAN mengasingkan makanan dan minuman yang disumbangkan peniaga pada program MySaveFood@Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Taman Ria malam tadi. FOTO Bernama

Sungai Petani: Sebanyak 500 kilogram (kg) makanan dan minuman yang tidak habis dijual di beberapa bazar Ramadan di Kedah berjaya diselamatkan menerusi program MySaveFood@Ramadan 2024 yang dijalankan setakat ini.

Penyelaras Program MySaveFood negeri, Mohd Firdaus Mukhriz Abdullah berkata, sebanyak 16 lokasi bazar Ramadan yang dipilih untuk menjayakan program itu di negeri ini berbanding hanya sembilan lokasi tahun lalu.

"Antara lokasi terawal ialah di Bazar Ramadan Tapak Penjaja, Changlun yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 Mac … kita berjaya selamatkan kira-kira 280 kg makanan dan minuman yang tidak habis dijual oleh peniaga-peniaga di situ.

"Di Bazar Ramadan Pekan Sik pula, pada 21 Mac hingga semalam, kita berjaya selamatkan kira-kira 100 kg makanan dan minuman … dan terdapat enam lagi bazar yang kita mulakan program dan masih berlangsung termasuk di Bazar Ramadan Taman Ria dekat sini yang bermula 22 Mac hingga esok," katanya ketika ditemui Bernama selepas mengedarkan risalah kepada peniaga di Bazar Ramadan Taman Ria dekat sini, malam tadi.

Mohd Firdaus berkata, lokasi lain antaranya termasuklah Bazar Ramadan Stadium, Alor Setar (21 hingga 24 Mac), Bazar Ramadan Taman Wira, Sungai Petani (21 hingga 24 Mac) dan Bazar Ramadan Kilang Lama, Kulim (22 Mac).

"Lokasi yang sedang dan akan dijalankan pula ialah Bazar Ramadan Taman Mahsuri, Padang Serai (23 hingga 27 Mac), Bazar Ramadan Taman Seri Aman, Jitra (23 Mac hingga 1 April), Bazar Ramadan Kepala Batas (23 hingga 26 Mac), Bazar Ramadan Sungai Korok, Kepala Batas (26 Mac), Bazar Ramadan Kuala Ketil, Baling (26 hingga 30 Mac), Bazar Ramadan Kodiang (28 Mac hingga 3 April) dan Bazar Ramadan Pekan Pendang (1 April).

"Memasuki tahun ketiga penganjurannya, kita nampak ada peningkatan dari aspek kesedaran peniaga … kita edarkan risalah dan selalunya peniaga akan menyumbang berbanding membuang lebihan makanan dan minuman yang tidak habis dijual itu," katanya.

Beliau berkata, makanan yang diterima daripada peniaga akan ditimbang terlebih dulu sebelum dilekatkan label dan diserahkan kepada mereka yang memerlukan antaranya gelandangan, rumah ibadat atau pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang kurang berkemampuan.

"Kita juga menekankan kualiti makanan dan setiap makanan akan dilabel perlu dimakan pada waktu moreh atau sebelum 11 malam atas faktor keselamatan kesihatan.

"Tahun lalu, kira-kira dua tan makanan dan minuman di sembilan bazar yang berjaya diselamatkan … dan saya berharap program ini akan dapat diteruskan lagi agar isu pembaziran setiap kali Ramadan, tidak lagi berlaku," katanya.

Sementara itu, Setiausaha IKRAM Muda Kedah, Nur Amira Abdul Rahim berkata, penganjuran program seperti itu bukan hanya memberi manfaat kepada golongan memerlukan, tetapi juga dapat mengisi masa lapang generasi muda dengan aktiviti sukarelawan.

"Tahun ini makin ramai yang menjadi sukarelawan, malah jika lebih ramai sukarelawan yang terbabit kita dapat mengagihkan tenaga kerja agar program ini dapat dilaksanakan di bazar terpilih setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

"Mungkin tahun hadapan kita boleh fokus pada satu-satu bazar saja agar pengumpulan lebihan makanan dan minuman dapat dibuat setiap hari," katanya.

Dalam perkembangan sama, seorang peniaga makanan, Rabiatul Adawiyah Sebanyang, 45, turut menyokong penuh usaha yang dilaksanakan MySaveFood dan berharap ia diadakan sepanjang Ramadan setiap tahun.

"Program ini bagus sebab ada peniaga yang jualannya tidak habis … nak bagi jiran hari-hari menu yang sama pun mereka jemu juga … bagus ada tempat untuk kumpul dan sasar agihan … sekurang-kurangnya, orang susah dapat merasa makanan yang dijual di bazar.

"Cuma, jika ia dibuat sepanjang bulan Ramadan, itu lebih baik agar peniaga tahu setiap hari ada tempat untuk mereka letakkan makanan atau minuman yang tidak habis dijual," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... selamatkan-di-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197145 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051782 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list