View: 5453|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
'Gunung sampah' wujud ketika Aidilfitri
[Copy link]
|
|
J Arul Kumar (tengah) menunjukkan strategi SWM Environment Negeri Sembilan pada sidang media Strategi Operasi Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri. FOTO AZRUL EDHAM
Seremban: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menjangkakan peningkatan jumlah janaan sisa pepejal antara 15 hingga 20 peratus pada sambutan Aidilfitri tahun ini.
Pengarahnya Hazahar Hashim berkata sehubungan itu, pihaknya akan meningkatkan operasi bagi memastikan kebersihan awam terjaga sepanjang tempoh perayaan dan penduduk turut diingatkan supaya mengumpul sisa pepejal di tempat disediakan bagi melancarkan kutipan oleh pihak konsesi SWM Environment.
"Kami jangkakan akan ada peningkatan, termasuk sisa perabot dan sebagainya. tindakan (kutip sampah) seminggu sebelum dan selewat-lewatnya tiga hari sebelum dan selepas raya. Kita nak pastikan keadaan negeri ini bersih sebelum anak rantau pulang berhari raya," katanya pada program operasi pungutan sampah Hari Raya di sini, tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan J. Arul Kumar dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin.
Hazahar berkata, pihaknya mengaturkan sejumlah 1,035 anggota untuk bertugas sepanjang cuti perayaan Aidilfitri kelak.
"Kami juga turut mengaturkan sejumlah 171 kenderaan lori kompaktor dan lori terbuka bagi membuat kutipan sisa domestik dan juga sisa pukal, kitar semula dan sisa taman di kawasan perumahan di bawah perkhidmatan SWM Environment.
"Disamping itu, kami turut meneliti dan mengenalpasti lokasi yang memerlukan pemantauan serta perhatian iaitu 19 lokasi mantai, 12 lokasi pasar-pasar awam dann48 lokasi bazar Ramadan.
Beliau berkata SWM Environment juga menyediakan tong sampah mencukupi di 18 pantai di Port Dickson selain menugaskan 64 anggota bagi memastikan kebersihan pantai sepanjang Aidilfitri.
"Penduduk di kawasan perumahan pula diingatkan agar tidak meletakkan halangan seperti kenderaan di sepanjang laluan atau berhampiran tong sampah bagi melancarkan operasi perkhidmatan kutipan sisa sepanjang tempoh itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... d-ketika-aidilfitri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|