CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6296|Reply: 1

[Pulau Pinang] Dakwaan warga asing kuasai rantaian bekalan sayur di Pulau Pinang tidak benar - Exco

[Copy link]
Post time 23-3-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Dakwaan warga asing kuasai rantaian bekalan sayur di Pulau Pinang tidak benar - Exco


BERNAMA



TANAMAN sayur didakwa dimiliki warga asing di kawasan Tasek Gelugor. FOTO arkib NSTP



Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang akan menyiasat aduan berhubung pendatang asing mengusahakan kebun sayur secara haram dan memastikan tiada tanah kerajaan yang disewakan kepada petani tempatan, diserahkan kepada warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, berdasarkan data keluasan bertanam oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, terdapat 641 petani berdaftar di negeri ini yang mengusahakan pelbagai sayuran dan tanaman.

Fahmi berkata, daripada jumlah itu, 163 petani adalah di Seberang Perai Utara, 165 (Seberang Perai Tengah), 153 (Seberang Perai Selatan), 128 (Barat Daya) dan 32 (Timur Laut).

Beliau menjelaskan keluasan bertanam itu membabitkan 704 hektar keluasan tanah sekali gus menyangkal dakwaan kononnya warga asing menguasai hampir 80 peratus rantaian perbekalan sayuran di negeri ini sejak lima tahun lalu.

"Dakwaan sekiranya 80 peratus daripada keluasan kawasan itu dikuasai warga asing dengan menjalankan projek haram ia sama sekali tidak benar kerana jumlah itu membabitkan 563 hektar daripada keluasan sebenar (704 hektar)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media pada Khamis lalu, bahawa pendatang asing yang mengusahakan kebun sayur secara haram di Pulau Pinang didakwa menguasai hampir 80 peratus rantaian perbekalan sayuran di negeri berkenaan sejak lima tahun lalu dan menjejaskan 30 peratus pengusaha kebun tempatan sehingga terpaksa gulung tikar.

Bagi membantu petani tempatan, Fahmi berkata, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang mengambil pelbagai inisiatif termasuk pemberian insentif input pertanian, mesin dan jentera kecil, dron, sistem pengairan dan lain-lain peralatan atau mesin bagi memudahkan petani melaksanakan aktiviti pertanian selain khidmat nasihat.

Beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga membantu dari segi kawalan harga pasaran dan ia akan diperkuatkan lagi.

Sehubungan itu, Fahmi berharap KPDN dan FAMA dapat membantu kerajaan negeri memantau harga pasaran produk hasil pertanian di Pulau Pinang bagi mengawal pembabitan warga asing dalam pembekalan sayur di Pulau Mutiara.



Disiarkan pada: Mac 23, 2024 @ 11:29am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 06:02 PM | Show all posts
Mungkin pekerja warga asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list