View: 10102|Reply: 0
|
[Terengganu]
Mahkamah: Penyelia didakwa pukul isteri dengan penyapu
[Copy link]
|
|
Ahmad Farhan Azmeer (kanan) didakwa memukul isterinya dengan penyapu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU – Seorang penyelia syarikat kebersihan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memukul isterinya dengan penyapu pada Sabtu lalu.
Tertuduh, Ahmad Farhan Azmeer Harun, 33, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Tuan Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.
Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Farhan Azmeer didakwa memukul isterinya yang berusia 43 tahun dengan penyapu sehingga cedera.
Perbuatan didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Kubang Tangga di sini pada pukul 6 petang, 16 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 April depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd. Ali manakala Ahmad Farhan Azmeer pula tidak diwakili peguam.
Difahamkan sebelum kejadian, tertuduh bertengkar dengan isterinya yang didakwa menyembunyikan beg milik lelaki itu yang disyaki mengandungi bahan larangan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... eri-dengan-penyapu/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|