|
Putri Nur Insyirah menyusun kuih puteri keria yang siap digoreng di gerainya di bazar Ramadan Bukit Bayas. NSTP/Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU: Kuih puteri keria diperbuat daripada ubi keledek madu antara pembuka selera bagi umat Islam yang tercari-cari juadah untuk berbuka puasa.
Selain itu, kuih puteri keria yang dibalut dengan gula melaka atau 'nisang kelapa' sesuai untuk dimakan ketika moreh.
Keistimewaan puteri keria adalah gula melaka atau nisang yang membaluti kelihatan bersinar adalah daya penarik buat masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Peniaga kuih keria, Putri Nur Insyirah Farid Affandi, 17, berkata sebanyak 1,000 dan 1,200 biji disediakan setiap hari sejak bermulanya Ramadan, selasa lalu.
"Kuih keria sama seperti diusaha dan dijual di beberapa bazar Ramadan, tetapi pengunjung menggelarkan puteri sempena dengan nama saya.
"Kita cuma membantu ibu, Noraini Mohd Lazim menjual pelbagai jenis kuih tradisional, tetapi disebabkan nama saya bermula dengan puteri, pengunjung menggelarkan puteri keria," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Bukit Bayas, di sini, hari ini.
Putri Nur Insyirah, berkata setiap hari sejak bermulanya ibadah puasa Selasa lalu, sebanyak 10 kilogram (kg) ubi keledek madu digunakan untuk membuat keria.
Katanya, kuih keria bukan sahaja mendapat permintaan pada bulan Ramadan, malah pada bulan lain.
"Selain pada bulan Ramadan, kuih keria juga turut dijual setiap hari berdekatan dengan Perpustakaan Awam di Jalan Hiliran.
"Alhamdulillah, kita memperoleh antara RM500 dan RM700 sehari hasil jualan kuih puteri keria," katanya.
Putri Nur Insyirah yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, hasil keuntungan diperoleh boleh digunakan untuk membeli pakaian raya.
https://www.bharian.com.my/berit ... elera-berbuka-puasa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|