View: 7102|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pegawai pertanian ditahan polis, tagih syabu
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kota Bharu: Seorang pegawai pertanian ditahan polis selepas disyaki memiliki air ketum seberat 1.5 liter di hadapan rumahnya di Jalan Risda, Machang di sini.
Penjawat awam lelaki berumur 42 tahun itu ditahan pada jam 12.20 tengah malam, Isnin lalu, oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan terhadap suspek menjumpai satu bungkusan plastik berisi cecair keperangan yang disyaki air ketum dianggarkan bernilai RM20.
Beliau berkata, lelaki itu didapati positif dadah Methamphetamine dan mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah.
"Lelaki itu direman dan disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-polis-tagih-syabu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|