View: 7689|Reply: 0
|
Qabil teruja berlatih di Sepanyol
[Copy link]
|
|
Qabil ketika menyertai latihan di Sepanyol. - Foto ihsan ZK Racing
KUALA LUMPUR: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan memperoleh pengalaman baharu pada ujian pramusim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 yang berlangsung di Litar Jerez, hujung minggu lalu.
Qabil yang bakal membuat penampilan penuh dalam kelas Moto4 di litar sama pada 6 dan 7 April ini berkata, banyak ilmu baharu diperolehnya pada sesi pramusim lalu sekali gus bakal memberikannya gambaran menjelang Pusingan 1 nanti.
"Kami banyak melakukan pengubahsuaian motosikal daripada pelarasan. Saya juga dapat banyak belajar di sini, membuat catatan masa dan cara berlumba di trek besar selain cara mengikut rentak pelumba lain.
"Terima kasih pada SIC Racing dan ZK Racing kerana membawa saya ke sini (ESBK) dan juga kepada keluarga yang menyokong saya. Saya harap doa daripada semua dan berharap semua memberikan sokongan kepada saya," kata Qabil.
Langkah membawa Qabil ke ESBK adalah untuk melebarkan sayap karier pelumba muda berusia 12 tahun itu selepas menunjukkan prestasi cemerlang terutama ketika muncul juara dunia di Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023.
Untuk musim 2024 ini, Qabil akan menyertai pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing di ESBK selain perlumbaan domestik, Siri MiniGP Malaysia dalam kelas 190cc.
ESBK 2024 dijadual berlangsung sebanyak tujuh pusingan dengan membabitkan beberapa litar terkemuka yang sering menjadi venue bagi perlumbaan berprestij Kejuaraan Motosikal Dunia antaranya Litar Jerez, Valencia dan Catalunya.
Perlumbaan Pusingan 1 musim dijadual berlangsung di litar sama pada 6 dan 7 April ini sebelum saingan seterusnya beralih ke Litar Valencia pada 1 dan 2 Jun.
https://www.bharian.com.my/sukan ... erlatih-di-sepanyol |
|
|
|
|
|
|
| |
|