CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4452|Reply: 0

[Johor] Kilang edar stoking tulisan 'Allah' tutup operasi

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode

Kain rentang permohonan maaf digantung di pintu utama kilang terbabit di kawasan perindustrian Sri Gading. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Sehari selepas diserbu pihak berkuasa, kilang yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera tulisan 'Allah' menutup operasinya bermula hari ini.

Penutupan kilang terletak di kawasan perindustrian Sri Gading, di sini, dilakukan sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu.

Notis penutupan itu dimaklumkan menerusi memo yang ditampal di pintu utama tanpa memaklumkan bila pengoperasian semula syarikat itu akan disambung.

Bagaimanapun, penutupan itu dipercayai untuk meredakan keadaan, serta keselamatan pekerjanya selepas menerima tekanan serta desakan supaya membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan dilakukannya.



Tinjauan di lokasi mendapati, kilang yang terbabit dalam aktiviti bungkusan dan pengedaran sunyi sepi akibat penutupan dalam satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Pada masa sama, terdapat satu kain rentang digantung pagar utama kilang terbabit yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan tulisan Allah yang ditemukan di kedai serbaneka KK Super Mart di Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat," tulisnya di kain rentang terbabit.

Dalam permohonan maaf itu, pihak pengurusan menyenaraikan tiga perkara utama antaranya berjanji atas komitmen untuk sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama, memelihara keharmonian dan meningkatkan usaha kawalan kualiti.

Semalam, anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan serbuan dan pemeriksaan sebelum menemui lima pasang stoking tertera tulisan Allah.

Namun, hasil pemeriksaan mendapati, kelima-lima stoking itu adalah yang dipulangkan tiga kedai serbaneka KK Super Mart ketika mula-mula tercetus kontroversi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sehingga hari ini, pihaknya sudah menerima sembilan laporan polis dibuat dalam daerah ini.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan termasuk merakam percakapan mereka yang terbabit dalam mengendalikan operasi kilang terbabit.

"Kita dalam proses merakam percakapan pemilik dan juga pekerja yang berurusan mendapat bekalan stoking berkenaan.

"Untuk pagi ini, kita buat tiga rakaman percakapan dahulu untuk melengkapkan siasatan berhubung kontroversi itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... allah-tutup-operasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.383542 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list