CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3291|Reply: 0

[Pahang] Alat memasak 'steamboat' meletup, tujuh beranak cedera

[Copy link]
Post time 20-3-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Alat memasak 'steamboat' meletup, tujuh beranak cedera

Oleh ROSILAWATI ROSEDI20 Mac 2024 11:52am








Keadaan muka Ayob (kiri) dan anaknya, Arif Fauzan yang melecur selepas dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup.




TEMERLOH - Makan malam tujuh beranak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup dalam kejadian di sebuah restoran di sini pada 9 Mac lalu.

Mangsa, Noraini Abdullah, 53, berkata, kejadian jam 7 petang itu berlaku sekelip mata ketika dia bersama suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat anaknya, Fatin Nabilah, 29, Arif Fauzan, 26, Arif Fahmi, 23, Arif Fahin, 21 serta menantunya iaitu suami kepada Fatin, Azrul Fazrin Asri, 28, sedang menjamu selera.



Menurutnya, sebelum itu mereka terdengar bunyi letupan sebelum dapur gas melambung.

"Kejadian itu terlalu pantas, kami tidak sempat mengelak dan semua terkena percikan api dari dapur gas.



"Kami kemudiannya pergi ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan awal sebelum pulang ke rumah di Bera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.


Noraini turut melecur di bahagian muka.




Noraini berkata, keesokan harinya mereka sekeluarga sekali lagi mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Triang sebelum diminta merujuk ke pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

"Keadaan suami dan anak kedua iaitu Arif Fauzan paling teruk melecur kerana membabitkan bahagian muka dan tangan.




"Empat hari kami sekeluarga ditempatkan di wad dan sekarang ini kami berada di hospital swasta untuk pemeriksaan susulan," katanya.


Tangan Arif Fauzan yang melecur akibat kejadian pada 9 Mac lalu.




Tambahnya, mereka sekeluarga pernah datang ke restoran itu sebelum ini untuk menjamu selera dan tidak menyangka kejadian itu akan berlaku.

"Pemilik restoran ada berjumpa dengan kami dan memohon maaf.




"Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan berharap insiden sebegini tidak berulang lagi," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049407 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list