CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5491|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kemelut Che Ta Pot Pet, Iddin Syah selesai secara damai

[Copy link]
Post time 19-3-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Kemelut Che Ta Pot Pet, Iddin Syah selesai secara damai


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



Usahawan kosmetik Rozita Baharom (tengah) atau lebih dikenali sebagai Che Ta Pot Pet bersama peguamnya, K Mahendran (kanan) ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. FOTO AMINAH YUSOF




Georgetown: Kes saman fitnah usahawan kosmetik Rozita Baharom atau lebih dikenali sebagai Che Ta Pot Pet terhadap pempengaruh Iddin Syah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Ini berikutan Iddin atau nama sebenar Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 29, ketika prosiding Iddin memohon maaf secara terbuka selain bersetuju jumlah wang RM150,000 yang menjadi pertikaian sebelum ini dianggap sudah selesai.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada Rozita Baharom dan syarikat Secret Desire Skincare Sdn Bhd di atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata kesat.

"Saya juga bersetuju writ saman yang dikemukakan di Mahkamah Sesyen Butterworth ditarik balik," katanya yang diwakili peguam Rafique Rashid dan Akif Rusli.

Hakim Datuk P Anand sebelum merekodkan penghakiman persetujuan sempat mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak termasuk peguam mereka kerana berjaya menyelesaikan kes itu secara damai.

Anand turut membenarkan writ saman yang difailkan Muhammad Iddin di Mahkamah Sesyen Butterworth pada tahun lalu dibatalkan tanpa kos.

"Terima kasih, kedua-dua kamu telah melihat dalam diri sendiri dan dapat menyelesaikan perkara ini secara damai. Ini bulan mulia, Ramadan.

"Kamu berdua juga sebagai pempengaruh media sosial dan juga ahli perniagaan yang masing-masing ada pengikut. Jadi bagus 'move on' dan lakukan lebih baik untuk masa depan," katanya.

Terdahulu, peguam K Mahendran yang mewakili Rozita berkata, defendan bersetuju membuat hantaran memohon maaf menerusi video yang akan dimuat naik di laman Facebook, Instagram dan TikTok dengan segala kata-kata yang diterbitkan kekal selama 10 hari bermula hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk tidak memanjangkan isu berkaitan selain akan menurunkan apa jua penerbitan yang menjadi subjek kepada tuntutan terbabit.

Sejurus tamat prosiding Rozita, 37, yang turut ditemani ibu bapanya dilihat menangis di luar mahkamah sambil dipeluk dan ditenangkan rakan-rakannya.

Dia ketika ditemui pemberita kemudian berkata, tangisan itu adalah air mata kesyukuran selepas menanti hampir setahun untuk menyelesaikan kes berkenaan.

"Hampir setahun saya menanti saat ini. Impaknya sangat besar bagi saya. Kita pun tidak mahu lagi memanjangkan isu ini. Alhamdulillah, hari ini dapat kata putus antara kedua belah pihak yang memudahkan segalanya.

"Saya juga berterima kasih kepada pihak defendan kerana sama-sama melancarkan keputusan mahkamah ini," katanya.

Sementara itu, Iddin Syah meluahkan rasa lega kerana kes membabitkan dirinya dengan Rozita selesai dan lebih penting ketika ini adalah memberi tumpuan kepada perniagaan.

"Alhamdulillah, fokus saya ialah ingin memajukan perniagaan dan memberi tumpuan kepada masa depan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua," katanya.

Pada 22 Ogos lalu, media melaporkan Rozita memfailkan saman fitnah sebanyak RM16 juta terhadap Iddin Syah di Mahkamah Tinggi berkenaan.



Disiarkan pada: Mac 19, 2024 @ 2:59pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038466 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list