View: 3169|Reply: 0
|
[Terengganu]
Perut bulat bakar laku 100kg sehari
[Copy link]
|
|
RUZAIZI menunjukkan perut bulat bakar yang mendapat sambutan daripada orang ramai di Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Menu perut bulat bakar mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang mengunjungi Bazar Ramadan Shahbandar di sini hingga mampu dijual 100 kilogram (kg) sehari.
Pekerja Restoran Singgang Budu, Ruzaizi Mohd. Zaid berkata, juadah tersebut dijual pada harga RM15 untuk setiap 100 gram.
“Kami mula membakar perut bulat pada pukul 3.30 petang dan aroma wanginya menggamit peminatnya kerana menu ini bukan mudah diperoleh.
“Keunikannya membuat ramai pengunjung bazar Ramadan ini tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video proses pembakarannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bazar Ramadan Shahbandar di sini semalam.
Menurut Ruzaizi, perut bulat bakar enak dimakan dengan sos hijau ala Thai istimewa yang dibuat di restoran berkenaan.
“Ramai dalam kalangan pengunjung yang pertama kali mencuba menu ini di gerai kami kembali membelinya kerana terpikat dengan keenakan rasanya yang tersendiri,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -laku-100kg-sehari/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|