View: 4447|Reply: 0
|
[Johor]
Kakak arwah Bella buat laporan polis dakwa diugut
[Copy link]
|
|
NORHISHAM (kiri) bersama adiknya, Bella yang hilang.
Batu Pahat: Kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah membuat laporan polis susulan dakwaan terdapat ugutan diterima daripada individu yang disyaki ada pertalian dengan bekas teman lelaki arwah adiknya.
Difahamkan, Norhisham, 36, atau lebih dikenali sebagai Ayu membuat laporan polis 11 malam tadi di Johor Bahru selepas menerima dua tangkap layar daripada orang awam yang dihantar kepadanya.
Tangkap layar pertama tertera ayat: "Baru permulaan, game play. Everything will start from now. Ready. Bukan setakat gila saya buat."
Manakala, tangkap layar kedua "Baru setengah hari tunggu la, tak lama lagi mesti sahur dekat dalam huhuhu," dan ia dipercayai ada kaitan penahanan reman Ayu sehari pada Isnin lalu.
Menurutnya, ada orang awam yang dia tidak kenali berkongsi tangkap layar terbabit sambil memintanya berhati-hati.
"Jadi saya buat laporan polis lebih kepada ugutan kerana bimbang keselamatan saya dan keluarga. Saya juga takut keselamatan anak Bella, kami takut jika ada pihak cuba mengapa-apakan," katanya ketika ditemui, semalam.
Ayu berkata, sejak kes pembunuhan adiknya sehingga pertuduhan terhadap teman lelakinya, dia merasakan seperti ada pihak sedang memerhatikannya.
Katanya, disebabkan itu dia mengambil sikap berhati-hati terutama ketika keluar rumah kerana bimbang ada individu mengekorinya.
"Saya berasa seperti diperhatikan, macam ada pihak berdendam dengan kami susulan penahanan teman lelaki Bella.
"Bukan apa, saya bimbang mereka akan menyimpan niat lain pada kami," katanya.
Minggu lalu, Ayu menjalani tahanan reman sehari selepas dia ditahan di Balai Polis Batu Pahat susulan laporan berkaitan penyiaran gambar kanak-kanak berusia empat tahun secara langsung di TikTok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -polis-dakwa-diugut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|