CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4042|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Permohonan Mains batalkan saman pemula wanita tukar agama dibenarkan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode

ZAINUL Rijal (dua kiri) di Mahkamah Tinggi Seremban. FOTO Azrul Edham

Seremban: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) untuk membatalkan saman pemula difailkan seorang wanita bagi mengisytiharkannya sebagai bukan beragama Islam.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas membaca dan meneliti notis permohonan responden kedua (Mains), afidavit serta hujah bertulis yang difailkan di mahkamah.

"Atas pertimbangan, mahkamah memutuskan untuk membenarkan notis permohonan responden kedua," katanya pada sidang yang bermula 9.30 pagi, hari ini.

Saman pemula difailkan ahli perniagaan, 46, di Mahkamah Tinggi Seremban pada Mac 2023 dengan menamakan tiga responden masing-masing iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mains dan kerajaan Malaysia manakala Mains membuat permohonan pembatalan pada Jun 2023.



Peguam S Karthigesan yang mewakili ahli perniagaan itu berkata, permohonan itu dibuat atas alasan wanita terbabit dilahirkan sebagai seorang Hindu manakala ibu bapanya juga beragama Hindu.

"Namun status agamanya ditukar kepada Islam oleh bapanya ketika berusia empat tahun selepas bapanya memeluk agama Islam.

"Malah dia juga tidak pernah mengucap kalimah syahadah dan tidak pernah mengamalkan ajaran agama itu sepanjang hidupnya," katanya.

Sementara itu peguam yang mewakili responden pertama, kedua dan ketiga diketuai Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu, antara hujah pihaknya adalah jika seorang beragama Islam mahu memohon keluar daripada Islam perlu memohon di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil.

Pasukannya yang turut mewakili JPN dan kerajaan Malaysia itu memaklumkan permohonan wanita itu adalah supaya pengisytiharan diberikan bahawa dia bukan seorang beragama Islam.

"Dia juga memohon kebenaran pengisytiharan diberikan supaya JPN mengubah serta mengemaskini rekod serta maklumat peribadinya kepada agama bukan Islam serta mengubah namanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-agama-dibenarkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.298959 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list