View: 4515|Reply: 0
|
[Johor]
Imigresen cekup 42 ‘ayam’ tawar khidmat seks
[Copy link]
|
|
ANTARA GRO yang diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Iskandar Puteri, Johor di sini, Jumaat lalu.-Foto IHSAN JIM JOHOR
ISKANDAR PUTERI – Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor menahan seramai 42 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan Op Gegar di sebuah pusat hiburan di sini, Jumaat lalu.
Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, operasi yang dijalankan sekitar pukul 12.20 tengah malam itu, seramai 40 orang perempuan warga Thailand dan masing-masing seorang wanita warga Indonesia dan Myanmar.
Menurutnya, mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 45 tahun.
“Tangkapan dibuat melibatkan warga asing yang disyaki bekerja sebagai ‘flower girl’ di premis tersebut. Penempatan pekerja tersebut yang berada di tingkat tiga premis turut diserbu.
“Siasatan awal mendapati mereka menerima bayaran sekitar RM50 hingga RM500 daripada pelanggan untuk khidmat layanan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baharuddin berkata, turut diberkas seorang lelaki warga China dan Bangladesh.
Tambahnya, aduan yang diterima menyatakan terdapat beberapa warga asing yang tinggal dan bekerja tanpa pas atau permit yang sah di premis tersebut serta melakukan perbuatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang di negeri ini.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kesemua yang ditahan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Kesemua mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tawar-khidmat-seks/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|