REAKSI Putin ketika bertemu media di Moscow hari ini. – AFP
MOSCOW – Vladimir Putin dijangka mengetatkan cengkaman ke atas Russia selepas keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau menang besar dalam pilihan raya Presiden semalam.
Selepas separuh kertas undi dikira, Putin berada jauh di hadapan dengan memenangi 87.3 peratus undi, demikian menurut keputusan awal seperti dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC).
Keputusan itu bermakna Putin akan memerintah Russia sehingga sekurang-kurangnya tahun 2030 apabila usianya mencecah 77 tahun sekali gus pemimpin Russia paling lama memerintah selepas diktator Kesatuan Soviet, Joseph Stalin.
Putin tiada pencabar berkaliber selepas sebahagian besar calon pembangkang telah sama ada meninggal dunia, dipenjarakan, diusir atau dilarang daripada bertanding pada pilihan raya kali ini.
Undang-undang Russia diubah pada 2008 untuk melanjutkan tempoh pentadbiran Presiden daripada empat kepada enam tahun. Rombakan perlembagaan seterusnya memansuhkan had penggal Presiden Russia membolehkan Putin untuk terus berkuasa hingga 2036. – AGENSI
Putin tiada pencabar berkaliber selepas sebahagian besar calon pembangkang telah sama ada meninggal dunia, dipenjarakan, diusir atau dilarang daripada bertanding pada pilihan raya kali ini.
no wonder heshe kekal menjuari carta dan takhta. takda persaingan
setuju, asalkan beri benefit pada rakyat, proceed aja... kenapa nak sibuk pilih side...
tahniah putin.... sibadut tak habis2 menghasut benua2 lain berperang.... padahal elok je sebelum ni rakyat dia hidup...takda pun tekanan macam kat palestin,macam muslim kat india...
benua asia terpaksa senyap/neutral, padahal bila perang kita pun terlibat secara tak lansung... semua bermula dengan sekor badut...