View: 8406|Reply: 0
|
F1: Leclerc optimis mampu kejar Red Bull
[Copy link]
|
|
LECLERC meraih podium ketiga di Arab Saudi minggu lalu sekali gus menjadikan Ferrari kekal pencabar terdekat kepada Red Bull. - AFP
MELBOURNE – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc optimis jurang kualiti antara pasukannya dengan Red Bull ketika ini tidak terlalu ketara selepas mempamerkan peningkatan drastik pada saingan Formula Satu (F1) musim ini.
Selepas mengharungi Grand Prix (GP) Bahrain dan GP Arab Saudi awal bulan ini, Ferrari dilihat kekal konsisten menjadi pencabar utama apabila Leclerc serta rakan sepasukan, Carlos Sainz berjaya meraih kedudukan podium di tempat ketiga dalam dua perlumbaan itu.
Menurut Leclerc, pegawai teknikal telah memastikan jentera pada kali ini boleh memberi saingan yang lebih hebat apabila dapat memberi saingan sengit kepada dua jaguh Red Bull, Max Verstappen dan Sergio Perez.
“Saya anggap kita telah lalui perlumbaan positif pada dua GP lepas dan pasukan berada di landasan yang tepat. Tidak keterlaluan untuk saya katakan kita adalah pasukan paling meningkat sejak tujuh bulan lalu.
“Meskipun jurang masih besar, saya rasa kini tidak terlalu ketara seperti sebelum ini dan andai pasukan terus diberi masa, saya rasa kita mampu berikan Red Bull tekanan pada perlumbaan seterusnya,” katanya.
Sementara itu, Leclerc berharap pasukannya dapat mempamerkan prestasi yang lebih baik pada GP Australia minggu depan dalam usaha mencabar kedudukan status juara perlumbaan nanti.
“Saya rasa tiada sebarang perubahan drastik akan dilakukan di Australia nanti, tetapi saya percaya kita sudah ada perancangan untuk memastikan jentera boleh digunakan sebaik mungkin,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... mpu-kejar-red-bull/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|