CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7661|Reply: 0

[Kedah] Pemandu rentung bas ekpres terbakar, enam terselamat

[Copy link]
Post time 17-3-2024 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Pemandu rentung bas ekpres terbakar, enam terselamat

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

17 Mac 2024 07:16am








Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran bas di Lebuhraya Utara Selatan dekat Gurun, Kedah. Foto Ihsan JBPM




GURUN - Seorang pemandu bas ekspres rentung setelah bas yang dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler sebelum terbakar di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Razali berkata, mangsa berumur anggaran 42 tahun maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu.



Menurutnya, seorang lelaki berumur anggaran 30 tahun dan perempuan berumur 29 tahun mengalami cedera ringan.

"Kejadian melibatkan tujuh mangsa termasuk pemandu bas maut, dua cedera ringan dan empat lagi lelaki termasuk pembantu pemandu bas dan pemandu lori berumur antara 19 hingga 57 tahun dilaporkan selamat,"katanya.



Jelasnya, operasi melibatkan 18 anggota dan pegawai dari BBP Guar Chempedak, BBP Amanjaya dan BBP Pendang.


Kemalangan melibatkan bas ekspres dan sebuah lori treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Gurun Kedah.




"Komander Operasi lapor setiba di lokasi didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspress dan lori treler di mana bas berkenaan telah terbakar dipercayai akibat daripada kemalangan berkenaan.

"Mangsa di bahagian pemandu bas tersepit dan rentung manakala enam mangsa lain termasuk penumpang, pembantu pemandu bas serta pemandu lori terselamat," katanya.




Jelasnya, perkembangan terkini akan dikemas kini.

Setakat ini, pemadaman lanjut dan pengurusan mangsa di tempat kejadian masih dilakukan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.221456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list