CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5216|Reply: 3

[Dunia] Kedai serbaneka jual stoking lambang kalimah Allah. #2, KPDN buat semakan terperinci isu stoking tertera kalimah Allah. #4, KK Mart mohon maaf

[Copy link]
Post time 14-3-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-3-2024 12:49 AM

Kedai serbaneka jual stoking lambang kalimah Allah

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... bang-kalimah-allah/

Oleh KOSMO!
14 Mac 2024, 2:21 pm


Gambar stoking yang dimuat naik Firdaus Wong menerusi Facebook beliau semalam.

PETALING JAYA – Tular di media sosial sejak semalam memaparkan stoking yang tertera kalimah Allah dijual di sebuah kedai serbaneka.

Perkara itu didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Facebook beliau semalam.

Firdaus turut mempersoalkan tindakan pengurusan kedai tersebut yang dianggap melampaui batas apabila secara terbuka menawarkan produk yang menyentuh sensitiviti orang Islam.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat segera perkara tersebut.

“Bagaimana stoking yang tertulis ‘Allah’ ini boleh dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway? Terlepas pandang atau kurang sensitif?

“Harap pihak berkuasa siasat segera,” tegasnya.

Sementara itu, selepas beberapa jam isu tersebut dibangkitkan Firdaus serta mendapat kecaman teruk oleh netizen, pengendali kedai rangkaian serbaneka terbabit tampil membuat permohonan maaf.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihaknya memaklumkan tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.

“Kami juga sudah berhubung dengan mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

“Terima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini, sekali lagi kami memohon maaf dan akan memastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2024 03:36 PM | Show all posts
KPDN buat semakan terperinci isu stoking tertera kalimah Allah

https://www.bharian.com.my/berit ... rtera-kalimah-allah

Oleh Fahmy A Rosli - Mac 14, 2024 @ 3:31pm
fahmy.azril@bh.com.my


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA

"Apa-apa pun, kita akan melakukan semakan terperinci sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang sedia ada," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, pengendali KK Mart tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya hari ini.

Dalam satu kenyataan, KK Mart berkata tindakan serta-merta diambil dengan memberhentikan penjualan stoking berkenaan.

Tindakan itu selepas tular di media sosial mengenai kewujudan stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit syarikat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 03:41 PM | Show all posts
minta maaf settle
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2024 08:49 AM | Show all posts
KK Mart mohon maaf isu stoking tulisan kalimah Allah

https://www.malaysiakini.com/news/699415

Diterbitkan:  Mar 14, 2024 8:15 PM⋅
Dikemaskini: 8:15 PM



Pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

"Kepada semua pelanggan KK Super Mart dan umat Islam khususnya. KK Super Mart ingin memohon maaf di atas kesilapan penjualan stoking berjenama 'Miranosock' di cawangan di Bandar Sunway pada hari ini.

"Kami kesal dan memandang serius akan insiden ini. Tindakan serta merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kewujudan stokin tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit serbaneka tersebut.

Para pengguna mengecam penjualan produk tersebut sebagai tidak peka sensitiviti agama Islam di negara ini.

Sementara itu, KK Super Mart berkata bahawa produk tersebut adalah produk ‘consignment’ daripada pihak vendor.

"Kami juga sudah berhubung dengan pihak vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

"KK Super Mart juga berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini.

"Sekali lagi, kami memohon maaf dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.227955 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list