View: 2478|Reply: 0
|
F1: Prestasi Ricciardo belum meyakinkan
[Copy link]
|
|
RICCIARDO
LONDON – Penasihat Red Bull, Helmut Marko memberi amaran kepada Daniel Ricciardo untuk meningkatkan prestasinya selepas bermula hambar dalam dua perlumbaan Formula Satu (F1) ketika ini.
Pemandu kelahiran Australia itu bergelut memberikan yang terbaik bersama pasukan RB F1 Team atau dikenali sebagai AlphaTauri selepas hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 pada Grand Prix (GP) Bahrain dan ke-16 di GP Arab Saudi baru-baru ini.
Justeru, Marko mengharapkan sesuatu yang lebih daripada Ricciardo selepas menyaksikan rakan sepasukannya, Yuki Tsunoda menampilkan pemanduan memukau terutama pada sesi kelayakan.
“Terdapat banyak yang dipertaruhkan musim ini untuk kedua-dua pemandu iaitu Tsunoda dan Ricciardo. Saya akui Tsunoda menampilkan persembahan yang cukup baik pada sesi kelayakan, manakala Ricciardo perlu memikirkan sesuatu untuk mengubah perkara tersebut.
“Sekurang-kurangnya Tsunoda sangat bagus dalam kelayakan dan turut baik ketika berjuang mengutip mata. Namun, selepas itu sedikit ketinggalan mungkin kerana banyak memberi tekanan pada tayar atau ada sebab lain,” katanya.
Ricciardo mendakwa jentera RB miliknya tidak ‘berfungsi 100 peratus’ sehingga menyukarkannya mendapatkan keputusan terbaik dalam dua perlumbaan sebelum ini.
Pemenang Grand Prix lapan kali itu menyasarkan untuk kembali menyertai Red Bull bagi menggantikan Sergio Perez musim depan, namun dia sedar perlu meningkatkan prestasinya jika ingin mencapai matlamat tersebut.
Perez telah memulakan kempen musim ini dengan menduduki tempat kedua berturut-turut di belakang rakan sepasukannya, Max Verstappen.
Ia sekali gus mengurangkan tekanan yang dirasai Perez ketika dia mahu terus mengekalkan kedudukannya bersama Red Bull musim depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... o-belum-meyakinkan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|