View: 26221|Reply: 128
|
hakikat cinta...tamat sudah...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by shana85 at 11-3-2011 09:46
Matanya merenung bening mata anak kecil itu, ada sendu di wajah itu. Dikala usia tiga tahun, dia telah kehilangan tempat bergantung. Itulah kisah dua hari yang lalu, kisah yang telah mengubah seluruh hidup anak kecil itu bersama-sama adiknya yang baru mengenal dunia. Ya, abang Razif dan Kak Lia telah pergi dalam tragedy kemalangan jalan raya, hanya si kecil itu dan bayi dalam kandungan kak Lia sahaja terselamat dalam kemalangan ngeri itu, kereta yang di pandu abang Razif hilang kawalan dan seterusnya merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.
Di sudut ruang tamu kedengaran sedikit pertengkaran antara dua keluarga, belumpun dua hari abang Razif dan kak Lia di kebumikan, sudah kedengaran pertikaian siapa yang harus menjaga anak-anak arwah. Ahhh sedih rasanya melihat anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu apatah lagi kini mereka menjadi rebutan dua buah keluarga. Pertikaman mulut terus berlaku antara mama dan papa serta ibu bapa arwah abang Razif. Sudah beberapa jam pertikaman lidah itu berlaku namun tiada jalan penyelesaian lagi. Yang pasti mama dan papa akan tetap mempertahankan zuriat yang di tinggalkan oleh kak Lia. Aku faham, mama dan papa tidak ingin kehilangan lagi. Cukuplah dengan pemergian kak Lia dan abang Razif.
Suasana rumah ini sepi, sudah beberapa hari berlalu sejak pertengkaran mengenai hak penjagaan anak kecil ini berlaku. Dia mendodoi perlahan Haziq Amsyar yang baru berusia seminggu itu. Kakaknya Zarith Sofea pula mengikut mama dan papa menziarahi pusara kak Lia dan abang Razif. Tidak lama kemudian, kedengaran gemersik suara Sofea yang keriangan dari luar rumah. Pasti mama dan papa sudah pulang. Anak kecil itu pantas menerpa ke arahnya dan melihat adiknya. Sesekali dia mencuit pipi si kecil yang sedang tertidur nyenyak itu.
Sofea, anak kecil yang periang dan tidak banyak karenah. Usianya yang masih kecil itu menyebabkan dirinya tidak memahami apa yang terjadi. Namun sesekali kala ingatannya kembali pada umi dan walidpasti mulutnya petah bertanya, kemana perginya mereka? Tiada jawapan yang mampu aku berikan. Begitu juga dengan mama dan papa… hanya wajah mama yang bertukar sendu… sesekali ada juga kedengaran suaranya bertanya kepada papa “kenapa atuk biar umi ngan walid tidur dalam tanah?” dan tika itu aku lihat mata papa sudah berkaca, menahan rasa sedih. Mama sudah lama tersedu. Hati aku juga turut pedih bila melihat si kecil itu memeluk gambar umi dan walidnya sebelum tidur. Pasti anak kecil itu merindui belaian kasih sayang umi dan walidnya. Dapat aku lihat sinar mata yang penuh kerinduan kala anak kecil itu melihat gambar kak Lia dan abang Razif…… |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malam itu, semua keresahan bila Zarith Sofea demam. Mama keresahan di sudut bilik. Anak kecil itu terbaring lemah di atas katil. Menurut doctor yang merawat Sofea, anak itu begitu merindui kehadiran umi dan walidnya. Papa juga kelihatan sangat risau melihat keadaan cucu perempuan tunggalnya itu.
“mama, pergilah rehat dahulu, biar Eka aje yang jaga Sofea,” mama sekadar menggeleng. Aku kasihan melihatnya. Wajah mama kelihatan tidak bermaya apatah lagi semalaman kami berjaga menjaga Sofea yang sesekali meracau memanggil-manggil umi dan walidnya. Tika itu air jernih mengalir lesu dari tubir mata mama.
“betul cakap Eka tu mamanya, awak pergilah rehat sekejap. Kan ke si Ramzan dah beritahu keadaan Sofea dah semakin stabil. Panas badannya pun dah berkurangan. Saya takut nanti awak pulak yang sakit,” arah papa pada mama. Mama merenung wajah Sofea dan mengucup dahi si kecil sebelum melangkah menuju ke kamarnya. Begitulah mama, hanya papa sahaja yang mampu melenturkan kedegilan mama. Mama begitu hormat dan menyanyangi papa dan aku sedar selama ini jarang aku lihat mama ingkar pada kata-kata papa.
Papa juga melangkar keluar dari kamar sikecil. Hanya tinggal aku dan Haziq Amsyar sahaja menemani Sofea. Haziq Amsyar masil lagi nyenyak tidur. Kelihatan tidak terganggu dengan situasi yang berlaku. Aku merenung wajah Sofea yang menyerupai wajah uminya, kak Lia. Rindu dihatiku terhadap kak Lia terubat seketika kala memandang wajah itu. Kak Lia, Eka terlalu rindukan kak Lia…… rumah ini semakin sunyi dan sepi.
Kesihatan Sofea semakin pulih walaupun adakalanya dia masih lagi meracau memanggil umi dan walidnya ketika tidur. Haziq semakin membesar dan iras wajahnya menyerupai wajah arwah abang Razif. Mama kelihatan agak resah, dua hari lagi wasiat arwah abang Razif dan kak Lia akan di baca. Hak penjagaan juga akan di tentukan setelah selesai pembacaan wasiat itu. Papa hanya tenang dan sesekali ketawa melihat telatah Sofea. Aku tahu papa juga gusar memikirkan hal itu, namun papa bijak menyembunyikan resahnya. Tidak ingin mama bertambah resah memikirkan hal itu.
Hari yang din anti tiba jua. Ibu bapa abang Razif awal-awal lagi sudah tiba. Suasana hening kala Encik Zamarul, peguam abang Razif membacakan wasiat abang Razif dan kak Lia. Aku tergamam apabila mendengar wasiat yang di baca oleh Encik Zamarul. Begitu juga dengan mama dan papa serta ibu bapa abang Razif. Adakah aku hanya bermimpi… tak mungkin ini permintaan abang Razif dan kak Lia. Aku tak mampu melakukannya…… sanggupkan aku menerimanya…untuk itu aku terpaksa mengorbankan zaman remaja aku…… ku semakin keliru. |
|
|
|
|
|
|
|
“papa dan mama tak memaksa, tapi mama harap Eka dapatlah buat keputusan sebaik-baiknya… Kalau boleh janganlah hampakan permintaan arwah……” mama terus berlalu ke bilik. Papa hanya memerhati, dan aku semakin serba salah, aku benar-benar tersepit kini.
“papa tak memaksa, baik bagi Eka, baiklah pada papa dan mama. Apapun papa harap Eka buat keputusan yang terbaik,” ujar papa sebelum berlalu meninggalkan aku sendirian. Aku faham, papa dan mama tidak memaksa, namun aku juga harus fikirkan nasib si kecil seandainya aku menolak permintaan arwah abang Razif dan kak Lia. Wasiat itu benar-benar meletakkan aku di persimpangan… entah jalan mana harus kutuju… korbankan zaman remaja aku dan menerima segala permintaan yang terkandung dalam wasiat itu atau menolaknya… menolaknya, aku tak mampu… kasihan nasib si kecil. Menerima wasiat itu pula…aku terpaksa korbankan masa depanku, impianku dan meranapkan mahligai impian yang telah aku bina bersamanya……
BAB 2
“saya tak setuju bang, kenapa Razif buat macam tu. Dari dulu lagi saya tak rela kita berbesan dengan keluarga si Lia tu dan kini dia minta……” Puan Salbiah tak dapat meneruskan kata-katanya.
Dadanya sesak memikirkan wasiat yang di tulis oleh arwah anak lelaki sulungnya itu. Dulu dia kehilangan anaknya bila Razif berkeras untuk mengahwini Alia dan menolak Syikin, calon menantu pilihannya… dan sejak itu dia tidak pernah lagi melihat anaknya itu walaupun Razif sesekali datang menjenguk nya. Dia pantas mendiamkan diri di kamar tidur dan membiarkan anak dan menantunya itu pulang kehampaan. Hinggalah beberapa hari yang lalu dia menerima khabar kemalangan yang meragut nyawa anak dan menantunya. Air matanya mengalir, kerana keegoannya, sehingga anaknya menghembuskan nafas dia tidak dapat menatap wajah itu. Arghh… dia tidak rela kehilangan lagi. Zuriat Razif harus dimiliki, hanya itu harta yang ditinggalkan oleh anaknya. Namun permintaan anaknya itu, membuatkannya serba salah dan tertekan.
“sudahlah Sal, tak payah awak fikirkan hal itu, ikut aje permintaan arwah dan kita tak akan kehilangan cucu-cucu kita tu,” jawab Encik Saiful, dirinya terasa agak rimas mendengar bebelan isterinya yang tidak berpuas hati mengenai wasiat yang di baca oleh peguam Razif tadi.
“awak ingat senang cik abang oii, ni masa depan anak kita. Dari dulu lagi saya tak nak bermenantukan anak Si Zainab dan Rahim tu…” suara Puan Salbiah meninggi. Tidak setuju dengan cadangan suaminya itu.
“habis tu awak rela melihat nasib cucu-cucu awak tu, fikirlah sikit Sal, cukup-cukuplah awak pertahankan ego awak tu. Tengok apa dah jadi… sebab ego dan sdikap sombong awak tu kita tak dapat lihat anak kita buat kali terakhir tau,” ujar Encik Saiful, terus berlalu meninggalkan isterinya. Adakalanya dia geram dengan sikap isterinya yang degil dan tidak boleh menerima pendapat orang lain, mahupun pendapat suami sendiri.
Puan Salbiah hanya memerhatikan langkah suaminya itu, apa yang harus dilakukannya… sedar akan sikapnya yang adakalanya mengjengkelkan suaminya itu. Tapi permintaan yang tertera dalam wasiat itu merisaukannya. Mustahil Danish, anak lelaki bongsunya akan setuju……
Danis melangkah riang memasuki ruang tamu, dahinya berkerut melihat ibunya yang sedang termenung di satu sudut. Segera dia menghampiri ibunya dan memaut bahu wanita itu mesra. Ternyata Puan Salbiah terkejut apabila bahunya dipaut oleh Danish.
“kenapa ibu termenung kat sini? Mana papa?”Tanya Danish sambil mencium tangan ibunya.
“papa kat dalam, tidur agaknya. Danish dari mana?”
“Danish dari rumah Erin. Haa… macammana dengan pembacaan wasiat abang Razif bu? Mana anak-anak abang Razif?” Tanya Danish. Berkerut dahi Danish apabila melihat ibunya mengeluh seperti menghadapi masalah yang besar. Salahkah pertanyaannya sebentar tadi. Wajah ibunya bertambah resah tika dia mengajukan soalan itu. Apa yang telah terjadi… |
|
|
|
|
|
|
|
“kenapa bu, kita tak dapat hak penjagaan anak-anak abang Razifke?” Tanya Danish pada Puan Salbiah. Puan Salbiah sekadar menggeleng, tidak sampai hati memberitahu perkara sebanar pada Danish. Danish hanya membiarkan sahaja ibunya, segera dia meminta izin untuk ke biliknya. Dia sedar ibunya seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Arghh…… biarlah, sampai waktunya pasti ibunya akan bercerita juga.
************
Eka merenung wajah dihadapannya. Wajah itu penuh keriangan. Sudah agak lama mereka tidak berjumpa sejak lelaki itu bekerja. Wajah itu masih seperti dahulu, matanya masih lagi bersinar, penuh kasih sayang. Sudah lama mereka berkenalan malah hubungan mereka mulai serius sejak dari sekolah rendah lagi, ketika harijadinya yang ke dua belas lelaki itu meluahkan perasaannya… tak mungkin dia akan melupakan saat-saat itu…
“apa yang buat Eka tersenyum ni? Boleh Rie kongsi sama?” Tanya jejaka itu sambil mencuit hidung Eka. Eka sekadar menggeleng, masih lagi merenung wajah di hadapannya sehinggakan lelaki itu resah.
“tahulah Eka rindukan Rie, tapi janganlah renung Rie sampai nak tersembul biji mata tu,”
“tak ada ape, Cuma Eka teringat ada orang tu tergagap-gagap, lepas tu muka dia merah, bila nak luah perasaan pada Eka. Kelakar betul bila Eka ingatkan wajah orang tu…” Eka ketawa riang dan akhirnya terdengar jeritannya apabila Rie menarik pipinya, geram dikenakan oleh kekasih hati. Namun dia lega, akhirnya Eka ketawa jua. Setengah jam yang lalu, Eka kelihatan muram. Gadis itu kelihatan sepoerti ada masalah. Rie faham, mungkin Eka masih bersedih dengan kehilangan kak Lia, tambahan pula Eka sangat rapat dengan kak Lia.
“ohhh… pandai nak kenakan Rie, dahla jom kita pergi tempat biasa nak? Dah lama rasanya tak makan abc (ais batu campur) Mak Jah depan sekolah tu. Teringat ada budak nangis bila duit dia hilang waktu nak beli abc… arghh…” dan kini kedengaran jeritan Rie pula apabila Eka mencubit lengannya.
“ohh… pandai nak kenakan Eka balik, tapi kalau duit Eka tak hilang, Eka takkan kenal Rie…” ujar Eka, teringat kembali saat pertama kali mereka bersua. Ketika itu dia berada dalam tahun tiga manakala Rie di tahun enam. Detik itulah permulaan bagi segalanya, dari sekadar abang dan adik angkat… akhirnya terangkat… Indahnya saat itu. Mereka terus melangkah, sesekali kedengaran tawa riang tika mengimbau saat-saat indah bersama.
Sofea menerpa ke arah Eka tika dia melangkah menuju ruang tamu, anak kecil itu merengek manja meminta dirinya didukung. Pantas Eka memaut tubuh kecil itu dan membawanya naik ke bilik.
“Fia dah makan? Nenek ke atuk yang suapkan?” tanya Eka, pada si kecil yang berbaring selesa di atas katil.
“Fia tak makan lagi, tadi nenek dan atuk suruh makan tapi Fia nak ucu yang suapkan. Ucu pergi mana? Nape ucu tinggalkan Fia? Ucu nak pegi macam umi dan walidke?” Tanya si kecil petah. Tersentak Eka mendengar pertanyaan si kecil. Pantas diua menghampiri si kecil dan memeluk tubuh itu penuh kasih sayang…
“Ucu keluar jumpa kawan. Sape kata ucu nak tinggalkan Fia? Ucu takkan tinggalkan Fia dan baby Haziq walau apapun terjadi, ucu janji…” ujar Eka, ada sebak dalam suaranya. Anak kecil itu dipeluk erat. Kasihan…… maafkan ucu Fia |
|
|
|
|
|
|
|
“ibu nak suruh Danish putuskan pertunangan dengan Erin dan terima permintaan abang Razif? Tak, Danish tak setuju. Walau apapun yang terjadi Danish tetap tak akan setuju. Maaf bu, Danish tetap akan kahwin dengan Erin dan bukannya perempuan tu,” Danish tetap dengan keputusannya. Tersentak dia seketika tadi apabila ibunya menceritakan kandungan wasiat abang Razif. Mustahil dia akan akur dengan permintaan itu. Dia telah lama mengenali Erin malah beberapa bulan lagi mereka akan disatukan. Mustahil ibu lupa. Malah ibu juga sudah sibuk membuat persiapan, tapi kini…… ibu meminta dia memutuskan pertunangannya……
Puan Salbiah mengeluh bila mendengar kata-kata anak bongsunya itu. sudah diduganya, Danish pasti menolak mentah-mentah permintaan itu. dia juga tidak rela pertunangan itu terputus… tapi nasib cucu-cucunya terletak atas persetujuan Danish dan perempuan tu… entah apa namanya, dia langsung tak ingat nama anak perempuan Zainab dengan Rahim… suka atau tidak mereka terpaksa akur, dan dia sudah tidak mempunyai pilihan…
“sampai hati Danish… Danish pun tahu, ibu sayang kan Erin, tapi kita tak ada pilihan lain… Danish mesti terima permintaan itu…… cukuplah ibu kehilangan seorang anak dan kini… ibu tak nak kehilangan cucu-cucu ibu pula… please Danish fikirlah…” Puan Salbiah terus beredar ke biliknya bersama tangisan, tangisan penyesalan seorang ibu… Danish terpaku di ruang tamu, masih lagi keliru mendengar permintaan ibunya. Haruskan dia lukakan hati insan yang paling disayanginya dan menerima permintaan ibunya itu… dia tak sanggup. Kini dia benar-benar tersepit… masih adakah lagi pilihan lain buatnya???
BAB 3
Masa pantas beredar, mahu atau tidak, mereka terpaksa akur dengan wasiat itu. detik yang berlalu terasa begitu menyeksakan pada Eka mahupun Danish. Hanya air mata yang mengalir bila kenangan lama sesekali menyapa. Kenangan yang amat pedih untuk dikenang kala bibir berbicara… memutuskan segala ikatan yang terjalin sejak sekian lama. Air mata duka mengalir melihat orang kesayangan berduka. Namun apa pilihan yang mereka ada… demi sikecil kata pemutus harus di buat, dan kini mereka disatukan dalam mahligai yang tak pernah diimpikan… mahligai yang dibina tanpa cinta dan kasih saying, yang ada hanya rasa tanggungjawab terhadap sikecil. Mereka akur kehidupan harus di teruskan walau apapun terjadi… hanya gelak tawa Sofea dan Haziq pengubat luka di hati mereka berdua…
“mama ucu tengah buat ape tu?” Tanya Sofea kala melihat Eka sedang menggubah bunga, si kecil Haziq, yang berusia lapan bulan itu dibiarkan bermain dengan permainannya. Eka ketawa mendengar panggilan Sofea padanya, sejak dia disatukan dengan Danish, mama meminta Sofea memanggilnya mama tapi sikecil itu enggan lalu lahirlah gelaran ‘mama ucu’ padanya.
“mama ucu tengah gubah bunga, kenapa? Fia nak tolong mama ucuke?” Tanya Eka, sesekali matanya singgah pada Haziq, memerhati anak kecil yang semakin membesar itu. Haziq ketawa riang bila diagah oleh kakaknya…
“tak naklah, Fia bosanla mama ucu, tak ada kawan. Jom la kita balik umah nenek mama ucu, Fia rindu nenek ngan atuk,” ajak Sofea. Eka sekadar ketawa. Sedar sudah agak lama mereka tidak pulang ke rumah orang tuanya.
“esok barulah kita pergi ya Fia, mama ucu ada banyak kerja nak buat, lagipun papa tak ada. Esok mama ucu janji kita pergi rumah nenek dengan papa dan baby Haziq,”
“kita pergi ari ni la mama ucu, Fia dah rindu nenek ngan atuk. Bolehlaa… mama ucu, please,” Sofea masih lagi merengek, memujuk Eka.
“kalau kita pergi sekarang sape yang nak bawa kereta? Sapa nak pegang baby Haziq? Kalau papa ada, papa boleh bawa kereta, mama ucu pegang baby Haziq. Kita pergi esok ya Fia? Mama ucu janji, esok pagi-pagi lagi kita pergi rumah nenek ok?” pujuk Eka. Akhirnya Sofea mengangguk, akur dengan pujukan mama ucunya.
Eka tersenyum, satu masalah sudah selesai dan kini bagaimana pula nak beritahu pada Danish. Lelaki itu, awal-awal pagi sudah keluar, entah kemana. Dia sendiri tidak pernah ambil tahu. Hanya Sofea dan Haziq yang ada antara mereka, hubungan mereka sangat dingin, masing-masing buat hal sendiri. Hanya di hadapan si kecil sahaja mereka berlagak mesra, tak ingin mengundang pertanyaan Sofea yang semakin keletah itu akan kedinginan mereka berdua. Malah dia juga sedar bukan sahaja Danish yang dingin padanya malah seluruh anggota keluarga lelaki itu kecuali papa mentuanya bersikap begitu padanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tgh cipta ayat kowt....
tak sabar nak tahu ending cerita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
next.... |
|
|
|
|
|
|
|
citer br...tersentuh hati kisah anak kecil yg kehilangan ibubapa...
sambung lg tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Malam sudah agak lewat ketika Danish pulang. Dia terus melangkah ke bilik tidurnya, matanya terpaku pada sekeping kertas yang di tampal pada pintu biliknya. Membaca apa yang tercoret di situ. Dia mengeluh, malasnya. Esok, dia terpaksa mengikut Eka pulang ke rumah keluarga Eka… perkara yang tidak disukainya. Terpaksa membatalkan temujanji dengan Kamal untuk berlibur bersama rakan-rakan yang lain. Sejak berkahwin dengan Eka, dia sering keluar bersama-sama Kamal, mengubat kesunyian dihati apabila Erin membawa diri… meninggalkannya tanpa kesan. Puas dia mencari Erin, namun tiada jejak yang ditinggalkan… dia kehilangan… kehilangan insan yang paling disayanginya… maafkanku sayang…
Pagi-pagi lagi sudah kedengaran jeritan Sofea. Anak kecil itu begitu riang. Usai mandi, dia pantas mengejutkan Danish yang masih lagi nyenyak tidur. Danish mengeluh apabila tidurnya diganggu. Terpaksa bangun, bersiap-siap. Sofea terus ke dapur dan bermain dengan baby Haziq sementara Eka menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Sofea berceloteh riang, sesekali kedengaran suara Danish menjawab pertanyaan Sofea. Eka sekadar memerhati sambil melayani baby Haziq.
Suasana sepanjang perjalanan pulang kerumah orang tua Eka sunyi sepi. Hanya seketika tadi di awal perjalanan kedengaran celoteh Sofea dan kini anak kecil itu sudah tertidur di seat belakang. Haziq Amsyar dalam pelukannya juga sudah tertidur. Eka resah, tidak tahu apa yang harus dibualkan. Dia sedar, mereka berdua jarang berkomunikasi antara satu sama lain walaupun sudah berbulan mereka disatukan.
Ketika melewati gerai mak Jah dihadapan sekolah, Eka tergamam seketika. Dia melihat dari jauh wajah yang dirinduinya selama ini. Hanya seketika, cukuplah… dia memerhatikan bayangan tubuh itu hilang bila kereta yang dipandu Danish semakin menjauh. Arghh…rindunya aku pada dia. Maafkan Eka Rie… ada sendu yang berlagu, ada lara yang tercipta, hanya mampu dipendam jauh disudut hati.
Sofea begitu girang, anak kecil itu leka bermain dengan datuk dan neneknya. Eka sekadar memerhati, Danish sejak tiba tadi sudah menghilang ke dalam bilik. Tidur. Sesekali kelihatan mama ketawa melihat telatah Sofea dan baby Haziq. Hatinya tersentuh melihat saat itu… alangkah bahagianya jika kak Lia dan abang Razif masih ada bersama-sama mereka sekeluarga saat ini. Berkongsi kegembiraan melihat Sofea dan Haziq membesar, menjadi semakin keletah dan pintar.
Petang itu dia bercadang untuk melawat pusara kak Lia dan abang Razif bersama-sama dengan Sofea. Anak kecil itu hanya mengangguk bila diberitahu tentang pusara-pusara itu. sesekali bila ingatannya kembali kepada umi dan walidnya, anak kecil itu sering bertanya “mamacu napa umi dan walid tidur dalam tanah? Napa tak tinggal dengan kita? Fia rindukan umi dan walid… umi dan walid tak rindukan Fiake? Dah tak sayang Fiake? Sebab tu umi dan walid tidur dalam tanah.” Dan lidah ini begitu kelu untuk menjawab pertanyaan-peertanyaan sikecil. Biarlah masa yang mendewasakan Sofea dan suatu hari dia pasti memahami mengapa umi dan walidnya meninggalkannya keseorangan… memahami erti sebuah kematian…erti sebuah kehilangan yang abadi… yang tiada gantinya lagi. Betapa Eka rindukan kak Lia… |
|
|
|
|
|
|
|
Eka merenung wajah dihadapannya, pertemuan yang tak terduga. Kelu lidahnya untuk berbicara.Wajah itu masih seperti dahulu, pandangan matanya masih penuh dengan kasih sayang namun tubuh itu sudah agak susut. Eka serba salah, Sofea disebelah masih lagi enak menikmati abc. Eka macam tak percaya, desakan Sofea untuk menikmati abc akan menemukan dia dengan wajah yang dirinduinya dalam diam.
“Eka apa khabar? Rie tengok Eka dah kurus sedikit. Jaga badanke?” Tanya Rie sambil ketawa. Namun kedengaran canggung bunyi tawa itu. ada rasa nyilu disudut hati. Ohh.. hati tabahlah.
Eka masih lagi mendiamkan diri. Sedar tawa Rie itu begitu hambar, menutup duka disudut hati. Pedih. Itulah yang dirasainya sekarang. Masa tak mungkin akan kembali seperti dulu. Ada rasa sebak yang bertandang apatah lagi pertemuan ini di sebuah tempat yang menyimpan banyak nostalgia pada mereka berdua. Kenangan yang sungguh indah, warna-warna ceria zaman remaja… tika cinta mula berputik dan kini semuanya sudah berlalu. Mereka bukan lagi pasangan uda dan dara, gelaran yang diberi kepada mereka oleh rakan-rakan… pasangan ideal kata teman-teman bak belangkas. Siapa sangka takdir yang tersirat. Mereka hanya ditakdirkan untuk bertemu, jatuh cinta tetapi bukan untuk bersama.
“mamacu, Fia dah habis makan. Jomla kita balik,” mereka tersentak. Suara Sofea menyedarkan mereka ke alam realiti.
“Fia dah nak balik? Tak nak temankan uncle makan ke?”Tanya Rie. Tak sanggup rasanya melepaskan wanita pujaannya pergi jauh. Sedar Eka dihadapannya itu bukan miliknya lagi tapi mengapa hati ini masih begitu degil, walau berkali-kali diberitahu gadis itu sudah menjadi milik orang namun hanya itu dambaan hatinya… tiada lagi yang lain. Hatinya sudah diserah pada gadis itu dan tak mungkin diambilnya kembali… hanya gadis itu layak memiliki cintanya. Biarlah apa kata masyarakat sekeliling, yang pasti dia akan terus menanti… seandainya ada jodoh antara mereka, dan itulah doanya siang malam. Sedar itu semua adalah salah tapi dirinya tak mampu. Semakin ingin dilupakan, semakin wajah itu melekat dihati.
“tak apalah Rie, Eka balik dulu. Nanti risau pulak orang kat rumah tu?” ujar Eka meminta diri. Rie sekadar mengangguk. Matanya memandang sayu langkah Eka bersama Sofea sehingga bayangan mereka menghilang.
Danish merenung halaman rumah menrtuanya itu. Dia agak kekok sikit bila berada disitu. Haziq masih lagi tidur. Sofea danb Eka entah mana perginya. Dia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Segera menekapkan telefon itu ke telinga. Wajahnya berubah apabila mendengar tengkingan dari sipemanggil. Ibu… seperti biasa tidak menyukai keluarga mertuanya, apalagi meledaklah kemarahannya apabila tahu dia berada di rumah mertuanya. Entah siapalah yang memberitahu. Terpaksa akur dengan kemahuan ibu agar mereka pulang hari itu juga, jika tidak terpaksalah mendengar bebelan ibu sepangjang hari. Huh… dia benar-benar bosan dengan karenah ibu yang serasanya semakin berubah, tidak lagi seperti dahulu, ibu seorang yang begitu memahami.
Setelah kepulangan Eka dan Sofea, segera dia menyuruh Eka mengemas semua barang. Terpaksalah Eka memberikan alasan pada orang tuanya mengapa mereka terpaksa pulang hari itu juga. Dia tahu Eka tidak puas hati dengan tindakannya. Biarlah… si kecil Sofea memberontak, anak kecil itu menangis tidak ingin pulang, masih lagi ingin tinggal bersama datuk dan neneknya. Masih lagi tidak puas bermanja dengan mereka. Tapi apa harus dia lakukan, arahan ibu harus diikuti jika tidak… terpaksalah dia mendengar bebelan ibu sepangjang berada di rumah mertuanya. Silap-silap ibu merajuk, lain pulak ceritanya. Ibu bukanlah seseorang yang mudah dipujuk. Huh sukarnya…
********
Hening pagi itu dikejutkan dengan tangisan Haziq. Anak kecil itu menangis, Eka tak tahu apa yang harus dilakukan. Sofea turut berada disisinya, matanya sudah kuyu, menahan kantuk. Danish masih belum balik, entah kemana perginya. Eka semakin risau apabila menyedari tubuh kecil itu agak panas. Si kecil demam. Makin bingung. Melihat jam di dinding, hampir dua pagi. Ya Allah… apa yang harus aku lakukan. Tanpa berfikir panjang, Eka pantas mengambil beberapa dokumen dan kunci kereta. Sebelah tangannya mengdukung Haziq manakala sebelah lagi memimpin Sofea ke kereta. Dia nekad.
Eka memandu dengan berhati-hati, sedar dirinya tidak beberapa cekap memandu apatah lagi memandu diwaktu malam sebegini. Dia hanya mampu berserah. Sofea sudah tertidur di seat belakang, manakala Haziq sudah berhenti menangis namun si kecil itu kelihatan agak gelisah dalam tidurnya. Sudah beberapa klinik dilalui, semuanya tutup. Dia berharap agar ada klinik yang beroperasi 24 jam. Syukur, dihadapan terdapat sebuah klinik yang masih lagi beroperasi.
Eka pantas mendukung Haziq ke kaunter pendaftaran. Sofea hanya mengekor dari belakang dan terus merebahkan diri di sofa yang tersedia di ruang menunggu. Eka membiarkan sahaja. Haziq menangis tiba-tiba. Menambahkan kalut di hati Eka. Badannya semakin panas. Segera dia di benarkan masuk menemui doctor yang bertugas. Sempat dititipkan pesanan kepada jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran agar memerhatikan Sofea yang sedang nyenyak tidur.
Eka lega apabila doctor yang merawat Haziq mengatakan anak kecil itu tidak apa-apa. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Dia memandu pulang, matanya merenung jam yang sudah menghampiri pukul empat pagi. Teringat pandangan aneh doctor yang bertugas ketika dia memberitahu dia memandu seorang diri sebentar tadi. Doctor itu sekadar menggeleng, mungkin tertanya-tanya kemana pergi suaminya… biarlah… yang pengting haziq selamat. Anak kecil itu sudah tidur seperti kakaknya.
Eka memakir keretanya dibelakang kereta Danish. Mengintai jam di tangan, pukul 4.30 pagi. Huh… dia benar-benar letih. Segera dikejutkan Sofea, tersentak apabila melihat pintu utama dibuka. Danish menghampirinya dengan wajah yang serius. Dibiarkan sahaja. Sofea pantas berjalan memasuki rumah. Eka mengdukung Haziq dan terus melangkah masuk. Tidak mempedulikan Danish yang memangdangnya sedari tadi. Lelaki itu turut melangkah masuk. Ada kemarahan diwajah itu.
“kau kemana? Pukul empat lima pagi baru balik. Dah lah bawa budak-budak, tak minta izin aku, dah tu tak tinggalkan pesanan pulak tu. kau ingat aku tunggul kat rumah ni?” Danish terus menghamburkan kemarahannya sebaik sahaja mereka berada di dalam rumah. Eka terkejut melihat sikap Danish itu. Haziq yang sedang tertidur terjaga mendengar suara tengkingan Danish, lantas ledakan tangisan Haziq menguasai suasana. Terkial-kial Eka memujuk Haziq. Mujur Sofea sudah tertidur di sofa. Langsung tidak menyedari apa yang terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
lagik.....?? |
|
|
|
|
|
|
|
lambatnyer...tdo sat... |
|
|
|
|
|
|
|
mana ntah dia pergi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sory kena tgu lama. hana akan sambung sat lg... skrg busy ckit |
|
|
|
|
|
|
|
Eka terus membawa Haziq ke dalam bilik, tidak di pedulikan tengkingan Danish, malah memandang wajah yang sedang merah menahan kemarahan itu juga tidak. Tubuhnya terasa lesu. Dirinya benar-benar keletihan. Dia tidak ingin menambahkan lagi keletihannya dengan memikirkan Danish. Biarlah lelaki itu hendak marah atau melakukan apa sahaja, dia tidak kisah. Dia ingin tidur saat ini. Setelah meletakkan Haziq di katil bayi, dia keluar semula, mengdukung Sofea ke katilnya pula. Dia gagahkan diri. Kepalanya juga semakin pusing…
Danish mengikuti langkah Eka, dia makin bengang apabila Eka langsung tidak memperdulikannya. Dia ingin menghambuirkan segala rasa tidak puas hatinya. Sudahlah ketika dia pulang tadi, jantungnya seakan terhenti apabila menyedari Eka tiada bersama anak-anak saudaranya. Tanpa pesanan pulak tu. Hatinya dipagut kerisauan yang teramat. Risau memikirkan keselamatan mereka… dan kini bila Eka pulang, isterinya itu hanya membisu, langsung tiada kata maaf kerana keluar tanpa izinnya. Reaksi isterinya itu seolah-olah dia tiada di rumah itu. Terasa seperti dia berbual dengan tunggul pula. Dia makin geram…
Kepala Eka semakin pusing, Danish tak habis-habis membebel… entah apa yang dikatakannya. Dia tidak peduli. Biarlah. Pandangannya semakin kelam dan akhirnya…
“Eka…” jerit Danish dan pantas dia menyambut tubuh Eka. Eka tidak sedarkan diri. Danish semakin panic melihat wajah Eka yang semakin pucat itu. apa yang berlaku sebenarnya… kenapa dengan isterinya… Danish resah. Tubuh Eka di bawanya ke bilik lalu di baringkan atas katil. Dia mundar-mandir di hadapan katil… tidak tahu apa yang harus dilakukan atau siapa yang harus dihubungi. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang, pantas dia mendail nombor tersebut.
Setengah jam kemudian orang yang ditunggu-tunggu tiba, Danish lega. Segera dia membawa tetamunya itu ke bilik. Wajahnya agak cemas. Harap-harap tiada apa yang buruk berlaku pada gadis itu. dia berdoa agar Eka tidak apa-apa, kalau terjadi sesuatu pada Eka… dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan keluarga mentuanya.
Danish merenung wajah Eka, wajah itu begitu pucat. Terselit rasa bersalah di sudut hati. Temannya itu hanya memerhati. Pertama kali bertemu dengan Eka, selama ini dia hanya pernah mendengar sebaris nama itu. Sebaris nama yang telah melukakan dua hati, dua hati teman yang begitu rapat dengannya. Paling mengejutkannya, Eka adalah wanita yang baru ditemuinya seketika tadi, wanita yang datang ke klinik dalam keadaan cemas membawa anaknya yang demam. Terdetik dihati, siapakah suami wanita itu, suami yang tidak bertanggung jawab kerana membiarkan seorang isteri memandu sendirian diawal pagi dengan dua anak yang masih kecil. Dia terkejut mendapat panggilan daripada Danish sejam yang lalu dan kejutannya bertambah bila melihat wajah wanita dihadapannya itu…
“jangan bimbang, isteri kau tak apa-apa. Dia cuma perlukan rehat. Dia terlalu letih dan fikirannya agak tertekan. Dia ada masalah ke?” tanya Amirul kepada Danish.
“entahlah… aku pun tak tahu. Tapi sejak balik dari kampung hari tu aku sedar dia selalu termenung, aku pun tak tergerak nak tanya samaada dia ada masalah atau tidak. Kau pun tahukan bagaimana kehidupan kami,” jawab Danish sambil beredar dari bilik itu diikuti Amirul. Mereka ke ruang tamu.
“tak kisahlah bagaimana kehidupan kau berdua tapi aku nak ingatkan kau, Eka tu isteri kau, tanggungjawab kau. Kau mesti sedar, Erin adalah kisah silam kau dan kini Eka tu kehidupan kau, masa depan kau. Kau tahu tak betapa terkejutnya bila aku lihat wajah isteri kau tadi, baru tadi aku tertanya-tanya siapa suami perempuan yang datang ke klinik aku bersama dua anak kecil dan salah seorang dari mereka demam dan aku tak sangka kawan baik aku rupanya lelaki tidak bertanggung jawab itu,” Danish terkejut mendengar kata-kata Amirul itu. Dia semakin rasa bersalah…
“dahlah aku nak balik. Aku harap kau jagalah isteri dan anak-anak saudara kau tu baik-baik. Mereka kini tanggungjawab kau,” ujar Amirul. Danish masih lagi termangu-mangu. Dia sekadar memangdang langkah Amirul tanpa berkata apa-apa.
Danish begitu kelam kabut pagi itu, tangisan Haziq semakin kuat. Terkocoh-kocoh dia membancuh susu. Ingat-ingat lupa sukatan susu Haziq. Sofea pula merengek-rengek hendak mandi. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sofea. Setiap kali bangun dari tidur, mamacu pasti akan memandikannya. Badannya terasa tidak selesa., melekit. Danish segera mengambil Haziq dari dalam buaian, memangku tubuh kecil itu walau kelihatan agak kekok. Selama ini, Eka yang uruskan segalanya. Sofea diam apabila dia berjanji akan memandikannya sebentar lagi. Anak kecil itu leka menonton Cartoon Nertwork. Eka masih lagi tertidur.
Setelah memandikan Sofea dan menidurkan Haziq, Danish tersandar keletihan. Matanya merenung ruang tamu yang agak berselerak dengan barang mainan Sofea. Matanya hampir terlelap apabila Sofea mengejutkannya, anak kecil itu merengek kelaparan. Segera dia mengajak Sofea ke kedai namun Sofea menggeleng. Sofea memintanya memasak roti telur seperti yang Eka selalu buatkan untuknya. Hampir pengsan dia mendengar permintaan Sofea. Berkerut keningnya. Bagaimana nak masak??? Seumur hidupnya dia tidak pernah memasak waima memasak air sekalipun… huh sudah… apa nak buat ni…
Danish mencari roti di dalam cabinet dapur, entah manalah Eka letakkan roti. Setelah menemui roti dia mencari telur pula. Hampir berselerak dapur dia kerjakan. Dia merenung roti dan telur yang berada dihadapannya. Tidak tahu apa tindakan seterusnya. Sofea merenung wajah Danish. Anak kecil itu kehairanan melihat tindakan papanya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
“kenapa papa termenung? Papa cepatlah masak, Fia lapar ni?” desak Sofea bila melihat Danish masih termangu-mangu memandang telur dan roti dihadapannya. Danish tersentak, dipandangnya Sofea.
“papa tak tahu masaklah Fia, kita breakfeast kat kedai lah dulu ok? Makan roti canai nak?” pujuk Danish, penuh pengharapan agar Sofea bersetuju. Anak kecil itu pantas menggeleng. Wajahnya tidak puas hati.
“Fia tak nak, Fia nak roti telur macam mamacu masak juga,”bentak Sofea. Sudah ada aliran air jernih menuruni pipinya. Danish kalut, akur akhirnya dengan desakan sikecil. Sofea sudah tersenyum.
“Fia kenalah tolong papa, mula-mula mamacu buat apa?” Tanya Danish pada Sofea. Akhirnya siap jugalah roti telur yang diingini Sofea atas usaha mereka berdua walaupun pada permulaannya ada tiga keeping roti hangit… Danish tersenyum puas, akhirnya berjaya juga. Matanya merenung ruang dapur, berselerak, ibarat dilanggar garuda. Pinggan mangkuk yang diguna penuh disingki, percikan minyak dan tumpahan telur penuh atas dapur. Sofea juga ikut memandang ruang dapur itu, teringat mamacunya tidak suka dapur yang berselerak dan kotor.
Eka memandang sekeliling, kepalanya masih lagi sakit. Digagahkan juga diri bangun. Cuba mengingati apa yang berlaku. Dia bingkas bangun bila fikirannya sudah mengingati apa yang berlaku. Mana Sofea? Haziq? Dia panic. Segera melangkah keluar dari bilik tidurnya. Kakinya melangkah ke ruang dapur apabila terdengan suara Sofea dan Danish dari ruang itu.
Eka hampir pengsan memandang ruang dapur yang berselerak, kelihatan Danish dan Sofea sedang berkejaran. Ada sisa-sisa telur di lantai. Sofea ketawa riang sambil tangannya membaling telur kearah papanya. Niat mereka untuk mengemas dapur menjadi sebaliknya pula. Eka beristifar dalam hati, kepalanya bertambah pusing bila memandang dapurnya.
Tawa Sofea terhenti bila menyedari kehadiran mamacunya. Danish yang kehairanan melihat reaksi Sofea turut memandang kearah yang sama. Terpaku. Matanya merenung wajah Eka yang kelihatan terkejut, wajah yang sedia pucat itu bertukar merah tiba-tiba. Geram. Manataknya, malam tadi dapurnya begitu bersih ditinggalkan dan kini……..
"eh, you.. dah sara... oppss dah.. ehh bila you bangun? I tak perasanpun," ujar Danish, serba salah apatah lagi bila melihat wajah Eka yang memerah, menahan marah mungkin. Sofea sudah bersembunyi di belakang papanya. takut dimarahi mamacu barangkali. Eka masih lagi mendiamkan diri. tidak tahu bagaimana untuk bereaksi, marah atau sebaliknya, yang pasti perasaannya berbaur saat itu, ada rasa marah, sedih dan bahagia... bahagia??? bahagia melihat kemesraan Sofea dan Danish. sudah lama dia tidak melihat kemesraan yang begitu... ada rasa sayu tiba-tiba... bila terkenangkan keakraban Sofea dan walidnya... ada rasa rindu yang menggamit hatinya...
Danish merenung wajah Eka yang sayu, dia menghampiri Eka. tanpa sedar Eka telah berada dalam pelukannya. menangis... Eka menghamburkan segala kelukaannya selama ini. Sedih kehilangan Kak Lia dan Abang Razif, dan yang paling melukakan ialah dia telah kehilangan Rie. Tanpa niat dia telah melukakan lelaki itu, lelaki pertama yang bertakhta dihatinya, yang masih lagi dicintainya sehingga kini... dan mungkin juga selamanya...... Danish masih lagi diam, tidak tahu bagaimana nak memujuk Eka. Hairan, apa yang terjadi? mengapa Eka begitu sedih sekali... Sofea, terpinga-pinga bila melihat mamacunya menangis. Akhirnya, anak kecil itu turut menangis sama... rasa bersalah memenuhi ruang hatinya. mamacunya menangis kerana dia nakal barangkali, itu yang difikirnya. Danish semakin tidak tentu arah.
"Ehhh... papa..." tiba-tiba Sofea menghentikan tangisannya. dia merenung wajah mamacu dan papanya. mata anak kecil itu bersinar riang... Danish terpinga-pinga, Eka juga begitu. Hanya kedengaran esakannya. matanya turut memandang wajah Sofea yang tiba-tiba ketawa. kenapa??? Danish dan Eka terpinga-pinga.......
"Pia? kenapa ketawa tiba-tiba ni?" tanya Danish, Eka masih lagi dalam pelukannya, hanya tangisannya sahaja sudah reda.
"mamacu dan comot, look papa... muka mamacu dah kena calit ngan telur... baju mamacu pun dah kotor..." pantas Danish memandang Eka, akhirnya dia turut ketawa melihat wajah Eka yang sudah comot. Eka merenung Danish dan Sofea yang sedang ketawa. mukanya memerah kembali. geram...
"dahlah tu... kalau Pia ketawa lagi mamacu tak nak kawan dengan Pia... tak nak masak lagi..." Eka pura-pura merajuk. pantas Sofea menghentikan tawanya. segera menghampiri mamacunya, reaksinya seperti takut-takut. Danish ketawa melihat aksi Sofea.
"mamacu, janganlah marah Pia... bukan Pia yang kotorkan dapur. papa yang ajak Pia main baling-baling telur. kalau mamacu nak marah, marah papa... kita denda papa suh kemas dapur k,"ujar Sofea dengan aksi manjanya.
"apa pulak papa yang salah, Pia yang baling roti kat papa dulu... sape yang suh maak roti telur? Pia yang paksa papakan? jadi Pia yang salah tau..." ujar Danish, bibirnya memungcung. pura-pura merajuk. Sofea serba salah, matanya merenung mamacu dan papanya.... siapa yang perlu diikutkan...
Eka masih lagi buat muka selamba walaupun sudah sakit perutnya menahan tawa, lucu melihat wajah Sofea, ditambah lagi wajah Danish yang pura-pura merajuk. hilang macho lelaki itu... |
|
|
|
|
|
|
|
“kenapa papa termenung? Papa cepatlah masak, Fia lapar ni?” desak Sofea bila melihat Danish masih termangu-mangu memandang telur dan roti dihadapannya. Danish tersentak, dipandangnya Sofea.
“papa tak tahu masaklah Fia, kita breakfeast kat kedai lah dulu ok? Makan roti canai nak?” pujuk Danish, penuh pengharapan agar Sofea bersetuju. Anak kecil itu pantas menggeleng. Wajahnya tidak puas hati.
“Fia tak nak, Fia nak roti telur macam mamacu masak juga,”bentak Sofea. Sudah ada aliran air jernih menuruni pipinya. Danish kalut, akur akhirnya dengan desakan sikecil. Sofea sudah tersenyum.
“Fia kenalah tolong papa, mula-mula mamacu buat apa?” Tanya Danish pada Sofea. Akhirnya siap jugalah roti telur yang diingini Sofea atas usaha mereka berdua walaupun pada permulaannya ada tiga keeping roti hangit… Danish tersenyum puas, akhirnya berjaya juga. Matanya merenung ruang dapur, berselerak, ibarat dilanggar garuda. Pinggan mangkuk yang diguna penuh disingki, percikan minyak dan tumpahan telur penuh atas dapur. Sofea juga ikut memandang ruang dapur itu, teringat mamacunya tidak suka dapur yang berselerak dan kotor.
Eka memandang sekeliling, kepalanya masih lagi sakit. Digagahkan juga diri bangun. Cuba mengingati apa yang berlaku. Dia bingkas bangun bila fikirannya sudah mengingati apa yang berlaku. Mana Sofea? Haziq? Dia panic. Segera melangkah keluar dari bilik tidurnya. Kakinya melangkah ke ruang dapur apabila terdengan suara Sofea dan Danish dari ruang itu.
Eka hampir pengsan memandang ruang dapur yang berselerak, kelihatan Danish dan Sofea sedang berkejaran. Ada sisa-sisa telur di lantai. Sofea ketawa riang sambil tangannya membaling telur kearah papanya. Niat mereka untuk mengemas dapur menjadi sebaliknya pula. Eka beristifar dalam hati, kepalanya bertambah pusing bila memandang dapurnya.
Tawa Sofea terhenti bila menyedari kehadiran mamacunya. Danish yang kehairanan melihat reaksi Sofea turut memandang kearah yang sama. Terpaku. Matanya merenung wajah Eka yang kelihatan terkejut, wajah yang sedia pucat itu bertukar merah tiba-tiba. Geram. Manataknya, malam tadi dapurnya begitu bersih ditinggalkan dan kini……..
"eh, you.. dah sara... oppss dah.. ehh bila you bangun? I tak perasanpun," ujar Danish, serba salah apatah lagi bila melihat wajah Eka yang memerah, menahan marah mungkin. Sofea sudah bersembunyi di belakang papanya. takut dimarahi mamacu barangkali. Eka masih lagi mendiamkan diri. tidak tahu bagaimana untuk bereaksi, marah atau sebaliknya, yang pasti perasaannya berbaur saat itu, ada rasa marah, sedih dan bahagia... bahagia??? bahagia melihat kemesraan Sofea dan Danish. sudah lama dia tidak melihat kemesraan yang begitu... ada rasa sayu tiba-tiba... bila terkenangkan keakraban Sofea dan walidnya... ada rasa rindu yang menggamit hatinya...
Danish merenung wajah Eka yang sayu, dia menghampiri Eka. tanpa sedar Eka telah berada dalam pelukannya. menangis... Eka menghamburkan segala kelukaannya selama ini. Sedih kehilangan Kak Lia dan Abang Razif, dan yang paling melukakan ialah dia telah kehilangan Rie. Tanpa niat dia telah melukakan lelaki itu, lelaki pertama yang bertakhta dihatinya, yang masih lagi dicintainya sehingga kini... dan mungkin juga selamanya...... Danish masih lagi diam, tidak tahu bagaimana nak memujuk Eka. Hairan, apa yang terjadi? mengapa Eka begitu sedih sekali... Sofea, terpinga-pinga bila melihat mamacunya menangis. Akhirnya, anak kecil itu turut menangis sama... rasa bersalah memenuhi ruang hatinya. mamacunya menangis kerana dia nakal barangkali, itu yang difikirnya. Danish semakin tidak tentu arah.
"Ehhh... papa..." tiba-tiba Sofea menghentikan tangisannya. dia merenung wajah mamacu dan papanya. mata anak kecil itu bersinar riang... Danish terpinga-pinga, Eka juga begitu. Hanya kedengaran esakannya. matanya turut memandang wajah Sofea yang tiba-tiba ketawa. kenapa??? Danish dan Eka terpinga-pinga.......
"Pia? kenapa ketawa tiba-tiba ni?" tanya Danish, Eka masih lagi dalam pelukannya, hanya tangisannya sahaja sudah reda.
"mamacu dan comot, look papa... muka mamacu dah kena calit ngan telur... baju mamacu pun dah kotor..." pantas Danish memandang Eka, akhirnya dia turut ketawa melihat wajah Eka yang sudah comot. Eka merenung Danish dan Sofea yang sedang ketawa. mukanya memerah kembali. geram...
"dahlah tu... kalau Pia ketawa lagi mamacu tak nak kawan dengan Pia... tak nak masak lagi..." Eka pura-pura merajuk. pantas Sofea menghentikan tawanya. segera menghampiri mamacunya, reaksinya seperti takut-takut. Danish ketawa melihat aksi Sofea.
"mamacu, janganlah marah Pia... bukan Pia yang kotorkan dapur. papa yang ajak Pia main baling-baling telur. kalau mamacu nak marah, marah papa... kita denda papa suh kemas dapur k,"ujar Sofea dengan aksi manjanya.
"apa pulak papa yang salah, Pia yang baling roti kat papa dulu... sape yang suh maak roti telur? Pia yang paksa papakan? jadi Pia yang salah tau..." ujar Danish, bibirnya memungcung. pura-pura merajuk. Sofea serba salah, matanya merenung mamacu dan papanya.... siapa yang perlu diikutkan...
Eka masih lagi buat muka selamba walaupun sudah sakit perutnya menahan tawa, lucu melihat wajah Sofea, ditambah lagi wajah Danish yang pura-pura merajuk. hilang macho lelaki itu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|