CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21069|Reply: 0

[Sarawak] Ahmad Mukhlis, Nur Syakura johan qari dan qariah tilawah Al-Quran peringkat Sarawak

[Copy link]
Post time 11-3-2024 07:46 PM | Show all posts |Read mode
LIMBANG: Ahmad Mukhlis Yahya dan Nur Syakura Mohamad Musa dinobatkan sebagai qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-63 yang berakhir malam tadi.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Suarah Limbang, di sini.
Turut hadir ialah isteri beliau Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi pada jam 8 malam.

Selaku johan qari qariah, mereka membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah, piala pusingan dan iringan serta sijil.


Awang Tengah (empat kiri) menyampaikan hadiah johan qari juzuk 1-20 kepada Muhammad Najdat, disaksikan tetamu kenamaan lain.

Johan hafazan Al-Quran kategori 1-30 juzuk membawa pulang wang tunai RM5,000, johan kategori 1-20 juzuk dengan RM4,000 dan johan kategori 1-10 sebanyak RM3,000.

Hadir sama ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail,  Imam Besar Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai Pengerusi Jemaah Hakim majlis itu dan kenamaan lain.

Seramai 45 peserta dari seluruh Sarawak mengambil bahagian pada tahun ini yang berlangsung di Dewan Suarah Limbang dari 6 hingga 9 Mac.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056288 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list