View: 4546|Reply: 0
|
[Terengganu]
Kembar tidak seiras masuk prasekolah curi perhatian
[Copy link]
|
|
Nurul Akmal Humaira cuba memujuk kembarnya, Muhammad Ammar Husaini yang menangis pada hari pertama prasekolah di SK Teluk Ketapang, Kuala Nerus hari ini.
KUALA NERUS – Gelagat dua kembar tidak seiras lelaki dan perempuan yang memasuki prasekolah menarik perhatian hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ketapang di sini hari ini.
Salah seorang daripadanya, Muhammad Ammar Husaini Mohd. Afiq Syahmi, 5, yang pada mulanya teruja untuk ke sekolah buat kali pertama tiba-tiba menangis sewaktu berada di perhimpunan.
Guru-guru dengan dibantu datuk dan neneknya terpaksa mengambil masa lebih dua jam memujuk kanak-kanak lelaki berkenaan agar kembali tenang.
Datuknya, Rosamiza Omar berkata, pada mulanya, dua cucunya, Muhammad Ammar Husaini dan kembarnya, Nurul Akmal Humaira sangat ceria dan bangun awal untuk bersiap ke sekolah.
“Tidak lama selepas beratur di dalam perhimpunan sekolah, Muhammad Ammar Husaini mula menangis dan mahu pulang semula ke rumah.
“Saya dan isteri terpaksa membantu guru setelah cucu saya itu menangis berterusan enggan masuk ke dalam kelas selepas itu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Rosamiza berkata, Muhammad Ammar Husaini hanya berjaya dipujuk selepas dua jam menangis.
Sebaliknya, dia memberitahu Nurul Akmal Humaira pula ceria dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu dan cuba memujuk kembarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... lah-curi-perhatian/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|