CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4794|Reply: 0

[Kedah] Panggilan kebakaran terbuka meningkat di Kedah

[Copy link]
Post time 6-3-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA nggota Bomba memadam kebakaran membabitkan kebakaran belukar dan lalang berikutan cuaca panas ketika ini. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima peningkatan mendadak panggilan kes kebakaran terbuka di negeri ini akibat cuaca panas.

Sepanjang Januari hingga awal bulan ini, sebanyak 1,073 kes berbanding 1,087 kes pada tahun lalu dan 689 kes pada tahun sebelumnya.

Pengarah JBPM Kedah Awang Hidzel Awang Bujang berkata, jumlah panggilan meningkat berikutan cuaca panas atau fenomena El Nino yang melanda ketika ini.

Menurutnya, kebakaran belukar dan lalang dilaporkan paling tinggi iaitu 963 kes, manakala kebakaran sampah (79 kes), kebun dan lalang (20 kes) dan hutan (11 kes).



"Sepanjang Mac sahaja, kita sudah menerima 162 panggilan berkaitan kebakaran termasuk kebakaran terbuka dan hari ini saja empat kes sudah dilaporkan.

"Untuk tempoh tiga bulan ini, sebanyak 2,226 panggilan diterima yang membabitkan 1,407 panggilan keseluruhan kebakaran diikuti 762 kes penyelamatan dan 57 kes tugas khas," katanya.

Awang Hidzel berkata, berikutan itu pihaknya menasihatkan terdapat orang mengawasi setiap kali pembakaran jerami dilakukan bagi mengelak merebak ke kawasan lain.

"Selain itu, mereka yang melakukan aktiviti riadah di bukit atau gunung juga dinasihatkan tidak meninggalkan bekas bara api atau membuang puntung rokok di kawasan rumput kering bagi mengelak kebakaran.

"Ini kerana pernah berlaku kebakaran besar di Gunung Jerai pada 2014, Gunung Baling (2019) dan Gunung Pulai (2016) sehingga bomba terpaksa mengambil masa yang lama untuk memadam kebakaran itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JBPM Kedah turut menerima 253 panggilan kes sebanyak 253 berkaitan tangkapan ular yang masuk ke kediaman penduduk di negeri ini sepanjang tempoh dua bulan ini.

"Kehadiran ular juga dijangka meningkat berikutan suhu panas ketika ini yang boleh mengancam manusia terutamanya spesis tedung selar atau King Cobra.

"Ini berikutan panggilan kes yang kami terima berkaitan King Cobra yang paling besar memasuki rumah penduduk di Kuala Nerang dan baru-baru ini ditemui di kebun getah di kawasan Bukit Kayu Hitam.

"Nasihat saya kepada penduduk supaya berhati-hati apabila ular memasuki kediaman mereka terutama di kawasan sawah kerana ular biasanya hendak cari kawasan untuk berlindung di rumah atau reban ayam dan kereta," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -meningkat-di-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.122655 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list