CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3820|Reply: 0

[Sabah] Sembilan mangsa bot karam selamat

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:56 PM | Show all posts |Read mode


SELAMAT: Pasukan bomba berjaya menyelamatkan semua mangsa bot karam terbabit.

SEMPORNA: Sembilan termasuk tiga kanak-kanak selamat selepas bot nelayan yang mereka naiki karam dipukul ombak di kawasan perairan Pulau Tobo-Tobo, di sini, semalam.

Mereka yang diselamatkan Mohammad Maleh Muhammad Husin, 43, Norfidah Safri, 43, Nurul Qasibah Mohammad Maleh, 18, Justina Buglayan, 41, Hasalinah Buglayan, 37, Sahura Safri, 39.

Manakala tiga kanak-kanak iaitu Mohammad Irman Elman, 2, Nurul Wafiyyah Jasimu, 5, dan Nur Khayla Abdullah, 2.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.45 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah bot kevlar digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, bot nelayan karam akibat dipukul ombak dan terdapat sembilan individu diselamatkan oleh pasukan bomba dan dinaikkan ke bot kevlar bomba.

“Semua mangsa dilaporkan selamat dan seterusnya dihantar pulang ke rumah masing-masing di Pulau Sumandeh,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada 4.48 petang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.211384 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list