|
Pemain Bayern Munich, Jamal Musiala (kiri) meraikan jaringan ketika aksi Bundesliga menentang Freiburg di Freiburg, Jerman. - Foto AFP
FREIBURG, Jerman: Bayern Munich terikat 2-2 di Freiburg dengan Bayer Leverkusen berpeluang melebarkan kedudukan di puncak Bundesliga kepada 10 mata.
Kapten Freiburg, Christian Guenter membuka jaringan pada minit ke-12, tetapi Bayern kembali menyamakan kedudukan menerusi Mathys Tel pada minit ke-35.
Jamal Musiala seakan mengesahkan tiga mata buat Bayern apabila gerakan solonya menghasilkan jaringan pada minit ke-75 namun Lucas Hoeler meledak gol penyamaan ketika permainan berbaki tiga minit.
Pengendali Bayern, Thomas Tuchel mengkritik persembahan anak buahnya di babak pertama yang dianggap tidak berdisiplin dan panik.
"Kami lakukan perkara yang tidak pernah dibuat dalam latihan, perkara yang tidak pernah diperkatakan.
"Kami bermain seperti ia minit ke-85 dan kami sedang ketinggalan satu gol," kata Tuchel.
Bayern kini gagal memenangi empat perlawanan di tempat lawan sejak Januari dalam aksi Bundesliga dan Liga Juara-Juara Eropah.
Skuad kendalian Tuchel akan berdepan Lazio di laman sendiri untuk aksi timbal balik 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa, selepas ketinggalan 1-0 pada perlawanan pertama di Rome.
Bayer Leverkusen kendalian Xabi Alonso berpeluang melebarkan kelebihan di puncak liga kepada 10 mata apabila bertemu Cologne esok. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... rkusen-makin-selesa |
|