View: 4844|Reply: 0
|
[Terengganu]
Peniaga ikan alami demam ditemui meninggal bersendirian dalam rumah
[Copy link]
|
|
Anggota polis memeriksa rumah Abdul Rahim Singh yang ditemui mati di Taman Permint Perdana, Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.
KUALA NERUS – Seorang peniaga ikan yang mengadu demam sejak beberapa hari lalu ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Permint Perdana, Seberang Takir di sini malam tadi.
Mayat lelaki dikenali sebagai Abdul Rahim Singh Abdullah berusia 51 tahun itu ditemui dalam keadaan berbaring di dalam rumahnya pada pukul 7.10 malam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah itu setelah menerima aduan jiran-jiran yang mendakwa terhidu bau busuk.
“Pemeriksaan mendapati mayat lelaki tersebut sudah mereput dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu tinggal seorang diri. Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan.
“Kematiannya diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Wan Mohd. Zaki berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut.
Difahamkan Abdul Rahim Singh yang merupakan mualaf tidak hadir kelas agama kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sejak beberapa hari lalu kerana mengadu demam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... dirian-dalam-rumah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|