CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8028|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jurutera minta suapan meja snuker, ping pong direman 5 hari

[Copy link]
Post time 15-2-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Jurutera minta suapan meja snuker, ping pong direman 5 hari


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



Seorang jurutera tiba di Mahkamah Majistret Georgetown. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Jurutera yang didakwa meminta dan menerima suapan RM13,000 daripada kontraktor untuk membeli meja snuker dan ping pong, direman lima hari bermula hari ini.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki berkenaan tiba di perkarangan mahkamah dalam keadaan tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga kira-kira jam 9 pagi tadi diiringi peguam, RSN Rayer.

Permohonan reman terhadap jurutera itu dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) selepas penahanannya menerusi Op Table, semalam.

Semalam media melaporkan Seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM13,000.

Difahamkan, wang suapan berkenaan dipercayai diterima jurutera terbabit daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kontrak di jabatan kerajaan berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek telah menggunakan wang berkenaan untuk membeli sebuah meja snuker dan sebuah meja ping pong untuk diletakkan di pejabatnya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2024 @ 3:45pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.679276 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list