CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20329|Reply: 0

[Sarawak] JKKK jambatan hubungkan rakyat, kerajaan

[Copy link]
Post time 14-2-2024 11:31 PM | Show all posts |Read mode


Mong (lima kanan) sedang menyampaikan geran kepada salah seorang Ketua Masyarakat sambil diperhatikan oleh Riji (dua kiri), Jesi (dua kanan) serta yang lain semasa majlis.

SRI AMAN: Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diseru bertindak sebagai ejen perubahan dan penyampai maklumat kepada kerajaan tentang isu kebajikan dan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, setiap ahli-ahli JKKK umpama 'jambatan' yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

"Setiap JKKK perlu mengutarakan masalah rakyat. Sekiranya JKKK tidak memberi kerjasama erat dengan kerajaan maka sukar untuk kerajaan menyalurkan projek pembangunan ke sebuah kawasan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Suting, Punggu Dadak, dekat sini.

Mong berkata, penubuhan JKKK adalah satu strategi untuk mewujudkan masyarakat berdikari dan proakif dalam aktiviti pembangunan.

"Organisasi JKKK memainkan peranan penting sebagai sebuah 'jentera' pentadbir yang paling asas," jelas Mong.

Oleh itu katanya, amat mustahak bagi setiap JKKK diberi latihan serta kemahiran dalam segala aspek penubuhan, pentadbiran, pengurusan dan pembangunan ke arah pembentukan JKKK yang berwawasan, berdikari, produktif dan sentiasa maju.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) DUN Bukit Begunan Jesi Bintoh, Penghulu Riji Gu, Penghulu Menjang Niah serta yang lain.

Pada majlis berkenaan, Jabatan Pertanian Sri Aman dan Sarawak Energy Berhad turut menyampaikan ceramah berkenaan dengan peranan agensi masing masing.

Mong pada majlis itu turut memperuntukkan dana di bawah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM150,000 bagi tujuan menaik taraf rumah panjang, dan RM10,000 kepada JKKK rumah tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.074729 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list