CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6773|Reply: 0

MotoGP: Acosta mampu bergelar juara dunia

[Copy link]
Post time 13-2-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode

ACOSTA diramal mampu mencipta kejutan dengan menjuarai kejuaraan dunia saingan MotoGP musim ini. – AFP

LONDON – Marc Marquez percaya pelumba baharu KTM, Pedro Acosta mampu menjadi pencabar dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas mempamerkan aksi luar biasa sewaktu ujian pra-musim di Sepang baru-baru ini.

Acosta menampilkan tungga­ngan yang cukup padu apabila pelumba berusia 19 tahun itu mampu meletakkan namanya selaku pelumba kedua terpantas pada hari pembukaan ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang.

Sehubungan itu, Marquez yang merupakan juara dunia MotoGP sebanyak enam kali, yakin Acosta mampu bersaing merebut gelaran dunia tidak lama lagi berikutan potensi cemerlangnya ketika mengemudi jentera RC16.

Sebagai rekod, Acosta tiba di KTM sebagai juara dunia Moto2 menggantikan tempat Pol Espargaro bersama pasukan Red Bull GASGAS Tech3.

“Dia (Acosta) akan menjadi sangat laju sepanjang musim ini kerana tahapnya setanding pelumba MotoGP yang telah lama berada dalam perlumbaan ini seperti Fabio Quartararo dan Pecco (Francesco Bagnaia).

“Apabila dia tiba di MotoGP semasa ujian pra-musim, dia me­mimpin sesi ujian ini. Saya yakin dia akan menjadi pelumba yang sangat hebat satu hari nanti.

“Biarpun dia terjatuh, tetapi itulah caranya untuk dia belajar. Acosta juga mempunyai mentaliti terbaik dan bakat yang luar biasa sebagai pelumba.

“Mungkin dia perlu mengambil lebih banyak masa ataupun tidak mustahil juga lebih cepat untuk merebut gelaran MotoGP,” kata Marquez. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... rgelar-juara-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.452570 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list