CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21156|Reply: 0

[Terengganu] Pelajar cemerlang kini terlantar, saluran darah ke otak pecah

[Copy link]
Post time 11-2-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode

Wan Murni Wan Ngah menguruskan anaknya Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20, yang terlantar berikutan saluran darah ke otak pecah - Foto NSTP/NAZDY HARUN

KUALA BERANG: Seorang pelajar cemerlang yang menerima tajaan Petronas dan bakal melanjutkan pengajian di sebuah universiti di England, kini terlantar berikutan saluran darah ke otak pecah.

Wan Murni Wan Ngah, 46, dari Kampung Jaba, Bukit Apit, Ajil, dekat sini, berkata, anak keduanya Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20, disahkan mengalami saluran darah pecah selepas pengsan pada 18 Disember lalu.

Menurutnya, kejadian itu disedari seorang tukang cuci kira-kira jam 9 pagi yang datang ke rumah yang disewa oleh Petronas dan dihuni pelajar sebelum menyedari anaknya pengsan di ruang tamu.

Katanya, pada jam 9 pagi hari sama sepatutnya anaknya bertolak pulang ke Terengganu, berikutan cuti semester namun dia (anak) dikejar ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan.



"Dia kemudian di rujuk ke Hospital Cyberjaya dan ditempatkan di unit rawatan rapi selama 12 hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.

"Selepas 16 hari di Hospital Cyberjaya, anak saya dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dan di tempatkan di sana selama tujuh hari," katanya yang juga ibu tunggal.

Menurutnya yang bekerja sebagai tukang sapu berkata, imbasan yang dilakukan pihak hospital mendapati saluran darah ke otak anaknya pecah hingga mengakibatkan remaja itu lumpuh sebelah badan bahagian kanan.

Katanya, anaknya dijadualkan menamatkan pengajian A-level di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, pada Mac ini sebelum melanjutkan pengajian ke United Kingdom (UK) pada Jun.

Wan Murni berkata, berikutan kejadian itu, anaknya terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun dan dia berdoa supaya anaknya itu kembali pulih dan sihat.

"Buat masa ini saya terpaksa meminta cuti daripada majikan dan sekiranya keadaan Muhammad Amirul, tidak berubah saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.

"Muhammad Amirul, kini bergantung sepenuhnya kepada susu dan lampin pakai buang dan saya juga menerima RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Menurutnya, selain menggunakan wang simpanan, adik-beradik juga banyak membantu meringankan bebannya dalam menguruskan dua lagi anak yang masih menuntut di universiti awam dan seorang di sekolah sains di daerah ini.

Akhbar ini sebelum ini pernah melaporkan mengenai anak seorang tukang cuci bakal melanjutkan pengajian ke UK selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20, merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun, yang mendapat penajaan Petronas selepas memperoleh keputusan 9A dalam SPM 2021.

Keputusan SPM diperoleh melayakkannya melanjutkan pengajian ke UK dalam bidang Teknologi Maklumat (IT).

Muhammad Amirul, merupakan salah seorang daripada 103 pelajar di negeri ini yang cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 menerima penajaan pendidikan PETRONAS melalui Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).
https://www.bharian.com.my/berit ... darah-ke-otak-pecah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.163717 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list