CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4319|Reply: 0

[Sarawak] iga premis jual loteri haram diserbu

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:16 PM | Show all posts |Read mode


Antara premis yang diserbu pasukan dari IPD Kuching pada Isnin.

KUCHING: Sebanyak tiga premis yang dilaporkan menjalankan kegiatan perjudian iaitu menjual loteri awam tanpa lesen diserbu polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata serbuan dilakukan hasil daripada risikan dan maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, seramai tiga suspek berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun ditangkap dalam serbuan tersebut termasuk seorang wanita.

"Turut dirampas ialah sejumlah wang tunai, telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti perjudian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiga kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 48(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Permohonan reman kesemua suspek juga telah diluluskan selama 14 hari," katanya.

Ahsmon mengesa masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan-kegiatan perjudian agar tindakan segera dapat diambil.

"Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran di sekitar Daerah Kuching," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.109667 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list