CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4307|Reply: 0

[Sarawak] Simbah cat di rumah peminjam wang, lapan suspek ditahan

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:15 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan rumah yang disimbah cat oleh kumpulan suspek.

KUCHING: Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menangkap lapan suspek termasuk dua wanita berkaitan kes khianat melibatkan pemberi pinjaman wang tidak berlesen.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kesemua suspek berusia lingkungan 19 hingga 47 tahun ditangkap sejak awal Januari.

Menurutnya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh beberapa orang mangsa yang diganggu pemberi pinjaman wang tidak berlesen dengan menyimbah cat di kediaman mereka di sekitar daerah Kuching.

"Dengan tertangkapnya kesemua suspek, kita telah berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, turut dirampas daripada suspek ialah sebuah kereta, telefon bimbit, tong cat dan pisau.

"Dua daripada suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037760 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list