CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 0

[Sarawak] epot ART Rembus siap hujung tahun 2025

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Fasa pertama Laluan Biru, Depot ART Rembus dijangka siap suku keempat 2025 sebelum beroperasi awal 2026



Lee (tengah) bersama wakil Sarawak Metro dan kontraktor melihat pelan projek Depot ART Rembus di Kota Samarahan, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KOTA SAMARAHAN: Projek pembinaan Depot Transit Aliran Automasi (ART) Rembus di sini, dijangka siap pada penghujung tahun 2025 dan beroperasi sepenuhnya 2026.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, fasa pertama Laluan Biru dan Depot ART Rembus itu dijangka siap pada suku keempat tahun 2025 sebelum ia beroperasi awal tahun 2026.

"Walaupun kita mulakan ia pada masa itu (2025) tetapi kita masih perlu melakukan percubaan dan sebagainya.

"Maka, menjelang awal tahun 2026 kita berharap dapat menyediakan perkhidmatan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja projek pembinaan bangunan utama Depot ART Rembus di Kota Samarahan, hari ini.

Lee berkata tapak projek telah diserahkan kepada kontraktor pada Disember tahun lepas dan tender juga telah dianugerahkan kepada mereka.

Semalam katanya, kontraktor memulakan cerucuk utama mereka iaitu pembinaan bengkel mekanikal.

"Projek menelan kos kira-kira RM260 juta yang terdiri daripada enam komponen iaitu bengkel mekanikal, bengkel infrastruktur, pusat kawalan operasi dan bangunan pentadbiran selain stesen minyak hidrogen serta limbungan dan trek ujian.

"Projek dijadual diserahkan kepada kontraktor untuk perkhidmatan bagi Laluan Biru pada penghujung tahun 2025," katanya.

Lee berkata, beliau menekankan kepada kontrakor agar mereka berusaha sedaya upaya menyiapkan projek mengikut jadual dan tidak mahu melihat sebarang kelewatan atau sebarang alasan kerana lewat (menyiapkan projek).

Beliau berkata kementeriannya dan Sarawak Metro, yang merupakan pelaksana Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) akan memantau rapat projek tersebut dan berharap kontraktor memenuhi semua keperluan mengikut spesifikasi dan kontrak.

"Kami akan memantau projek ini dengan teliti kerana kita mempunyai jadual yang sangat padat untuk semua kemudahan ini (ART) mesti disiapkan sebelum ART tiba.

"Jika kemudahan tidak siap, ART kita juga tidak dapat beroperasi," katanya.

Menurut beliau projek usahasama itu dianugerahkan kepada tiga syarikat kontraktor iaitu Azam Sehasrat Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan Unique Deco Sdn Bhd.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha KUTS yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2027.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.189334 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list