CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20545|Reply: 0

[Sarawak] Buat laporan polis palsu, lelaki dikenakan bon berkelakuan baik

[Copy link]
Post time 5-2-2024 10:50 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki berusia 20 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya dirompak.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali membuat perintah itu terhadap tertuduh selepas membuat pengakuan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Dia melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini kira-kira jam 1.08 petang pada 15 Ogos 2022.

Berdasarkan fakta kes, polis menyoal siasat tertuduh seleaps dia membuat laporan polis mendakwa dirompak di kawasan bulatan Semariang/Sungai Bodo dekat sini.
Siasatan polis bagaimanapun mendapati kenyataan tertuduh tidak konsisten dan meragukan.

Lelaki berkenaan akhirnya mengakui dia membuat laporan palsu dan rompakan ke atasnya tidak berlaku.

Difahamkan lelaki berkenaan membuat laporan polis kerana dia dan tunangnya kehilangan beberapa barang-barang milik mereka ketika mabuk dan kedua-duanya telah membiarkan beg tangan (tunang tertuduh) terbuka ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab malam menunggang motosikal.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Inspektor Ammarsofi Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.071943 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list